Friday, December 20, 2013

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) mencadangkan  mesyuarat Exconya di Hatyai pada 26/12/2013 bertempat di Hotel Kosit, Hatyai, Thailand.

Hotel Kosit, Hatyai

Koperasi  KOSPETA Malaysia Berhad telah dipilih menyediakan sebut harga (Pakage) untuk 40 bilik orang yang    pertama  kepada   seramai  80  orang    Exco tidak  termasok  Pemerhati  jika  melibatkan  pemerhati keselurohan  seramai  120 orang  sebanyak  57  Bilik yang  diperlukan  termasok Bilik Mesyuarat, Minuman semasa Mesyuarat, Bilik Penginapan serta menyediakan Kenderaan pergi balik dari Danok ke Hatyai.



Penolong Setiausaha En. Pissal Abu yang telah diberi tangungjawab bagi pihak Koperasi menyediakan sebut harga tersebut telah membuat pemantauwan bersaorangan yang pertama pada 4/12/2013 dan telah memilih Hotel President bersama Hotel Kosit untuk tujuan mesyuarat tersebut.

Dewan Mesyuarat

Pada 14/12/2013 En. Azih bin Muda selaku Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha telah pun membuat pemantauan kali ke 2 di beberapa hotel diHatyai akhirnya Hotel Kosit menjadi pilihan untuk diadakan mesyuarat tersebut.

Bilik Hotel

Mesyuarat Exco telah diadakan pada 25/12/2013 disebelah petang jam 4.00 waktu Malaysia jam 3.00 waktu Thailand bertempat di Dewan Orkid, tingkat 3, Hotel Kosit, Hatyai, Thailand.

Pegawai-pegawai Tertinggi

Mesyuarat yang dihadiri seramai 42 orang dari 80 orang Exco di pengerusikan oleh En. Azih bin Muda Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia,  Mesyuarat berakhir pada 7.30 malam. 

Suasana Mesyuarat
Sebahagian yang hadir

No comments:

Post a Comment