TAHNIAH Malindo Air walau pun pertama kali sejak syarikat ini beroperasi di Alor Setar saya menaikinya pada 3/12/2013 jam 8.20 malam dari Alor Setar ke Subang dan sampai di Subang Airport jam 9.20 malam.
Airport Alor Setar
Atas Flight
Alhamdulilah walaupun kapal terbang tersebut boleh memuat seramai 72 orang penumpang ianya amat selesa dan memberi kepuasan kepada semua pelanggan dengan layanan pramugarinya baik mesra kepada semua penumpang.
Pada 4/12/2013 sekali lagi saya memilih Malindo Air untuk penerbangan pulang dari Subang ke Alor Setar, sampainya saya ke kaunter untuk chekin saya disambut dengan diberi layanan yang baik oleh kakitangan syarikat ini, mereka sentiasa senyum dalam menjalankan tugas dan bermesra dengan kita bertanya pula kesihatan kita.
Sekiranya semua kakitangan syarikat penerbangan memberi layanan mesra dan baik dengan melayani pelanggan mereka nescaya saya percaya pelangan akan berpuas hati dan ianya akan memberi keuntungan kepada syarikat dengan kekerapan pelanggan akan mengunakan penerbangan tersebut.
Subang Airport dari segi hiasnya ianya tetap bertenaga serta sedia menyediakan pelbagai kemudahan untuk memberi keselesaan, kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa mengunakan airport tersebut berulangalik ke destinasi.
Disatu sudut telah diletakan sebuah pentas kecil untuk penyanyi jemputan bagi menghibur orang ramai serta banyak Gerai jualan Makanan, Pakaian dan Bank-bank beroperasi disitu. Di Luar bangunan tersebut tersedia menunggu kita Teksi-teksi serta Bas untuk menghantar kita ke mana jua destinasi disekitar Kuala Lumpur.
Kaunter pelbagai di Subang Airport
Kaunter Chekin
Hiasan didalam Bangunan Airport
Sudut Penghibur
Bas Airport
No comments:
Post a Comment