Wednesday, December 18, 2013

Persidangan Ke 26

Mulai jam 7.00 pagi 18/12/2013 hari ke dua kaunter pendaftaran perwakilan telah dibuka untuk mendaftar perwakilan yang hadir terdiri daripada Badan-badan Gabungan Cuepacs diseluroh Semenanjung Malaysia termasok Sabah dan Serawak oleh pihak urusetia.

Pendaftaran Peserta
Berkempen

Tepat jam 9.30 pagi setelah Presiden Cuepacs mendapat isyarat dari Pengerusi Jawatankuasa Tauliah telah memulakan mesyuarat dengan mengumumkan kehadiran Perwakilan pada pagi ini seramai 1,048 orang manakala 207 orang adalah pemerhati.

Majlis Tetinggi
Jawatankuasa Tetap
Jawatankuasa Tauliah
Perwakilan ANULAE
Perwakilan
Suasana Mesyuarat

Ajenda pagi ini dimulakan dengan Pemilihan Pegawai Tertinggi dan Jawatankuasa Agung Cuepacs, Presiden Cuepacs selaku pengerusi mesyuarat menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan untuk mengedarkan kertas-kertas pengundian kepada semua perwakilan. Proses penyerahan kepada semua perwakilan mengundi bermula dari jam 10.00 pagi berakhir jam 4.30 petang,

Calon-calon Timbalan Presiden
Pengundian
Keputusan Pengundian

Selepas perwakilan selesai mengundi dan menikmati jamuan petang ajenda diteruskan membentang akau-akaun namum begitu dengan keadaan sekeliling kerja-kerja penyusunan meja dan kerusi dilakukan oleh pekerja dewan bagi menyediakan untuk program  makan malam maka mesyuarat ditangguhkan untuk esok hari.


Y.B. Datuk' Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor

Jam 8.30 malam tepat Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tunku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan tiba disambut oleh YBhg. Dato' Haji Omar bin Osman Presiden bersama Timbalan Presiden Cuepacs En.Azih bin Muda serta Pegawai-pegawai Tertinggi Cuepacs.

Menjamu Selera
Jamuan Makan Malam

Dewan penoh sesak boleh dikatakan semua perwakilan hadzir, sebaik sahaja Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor masuk ke Dewan Jamuan semua perwakilan bangun dan bertepok memberi penghurmatan kepadanya.

Datuk Seri berangkat pulang
Perwakilan ANULAE
Bergambar selepas jamuan

No comments:

Post a Comment