Saturday, October 18, 2014

Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 52

Koperasi MCIS Berhad telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 52 pada 18/10/2014 (Sabtu) jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato' N,A.Kularajah Center Of Excellence, Tingkat 9, Wisma MCIS, Jalan Barat, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato' Balaram Petha Naidu dan seterusnya Majlis penyampaian pengitirafan dan sumbangan Koperasi MCIS Berhad kepada Anak-anak anggota yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM & STPM Tahun 2013.

Pendaftaran

Dua kategori kumpulan Perwakilan terdiri daripada mewakili Koperasi dan Individu, seramai 100 orang perwakilan yang hadir di mesyuarat pada hari tersebut.

Perwakilan yang hadir

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan tiada sebarang pertikaiaan berlaku dan mesyuarat berakhir pada jam 11.30 pagi.

Bergambar bersama Dato. Pengerusi

No comments:

Post a Comment