Ke sana ke sini memberi taklimat sama ada di Jabatan jabatan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri termasok Kerajaan Tempatan untuk mendapat maklumat terkini Isu-isu semasa menjelang Bajet 2015 yang akan dibentang kan Perdana Menteri Malaysia pada 10/10/2014 di Parlimen.
Hari ini 3/10/2014 En Azih bin Muda semasa beliau sedang memberi taklimat di salah satu perjumpaan dengan Pegawai Tadbir di Putra Jaya dengan permulaan nada yang kuat akhirnya nada yang kuat tadi perlahan lahan terkeluar kata-kata dari mulutnya sehinga ia tidak lagi mampu mengeluarkan suaranya untuk di dengari oleh sekelian yang hadir.
Akhirnya beliau terasa sakit ketika itu ramai yang sedang menyaksikan nya amat terharu lalu Pegawai-pegawai Cuepacs yang ada berdekatan cepat cepat memegang beliau sebelum beliau terjatuh, tanpa di lengahkan lagi beliau terus di bawa ke HUKM, sampai disana Doktor Pakar setelah membuat pemeriksaan didapati En. Azih Muda Presiden Cuepacs yang sebelum ini nampak cergas dan sihat rupa-rupanya sudah terkena SAKIT JANTUNG.
Inilah yang di namakan PERJUANGAN sebagai seorang Pemimpin Kesatuan Sekerja yang sentiasa bekerja keras dalam apa jua situasi termasok tertekan dalam berbagai Tekanan dan sebagainya serta memperjuangkan sesuatu untuk mencapai kemenangan dalam apa jua tuntuttan dari Gabungan Kesatuan Kesatuan Sekerja didalam Cuepacs kepada Kerajaan demi untuk ahli-ahlinya
Akhirnya beliau terlantar di HUKM mulai 3/10/2014 sehingga hari kelmarin 7/10/2014 saya melawatnya sehingga jam 9.00 malam sebelum bertolak balik ke Alor Setar. Alhamdulilah beliau kembali sembuh dan sedar pada 5/10/2014 setelah selesai menjalani satu pembedahan pada 3/10/2014 di hari yang sama beliau di masukan ke HUKM.
No comments:
Post a Comment