Saturday, October 30, 2010

Temuduga Jawatan General Manager

Mesyuarat Perjawatan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 29-10-2010 telah diadakan serentak dengan temuduga terbuka bagi Jawatan General Manager untuk Koperasi KOSPETA bertempat di Bangunan Wisma Koperasi KOSPETA Malaysai Berhad Jalan 6/3A, KM 12 Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.

Pegewai-pegawai yang menemuduga
Lima orang pegawai sedang menemuduga
Temuduga sedang berjalan

Permohonan asal sebanyak 25 orang setelah ditapis hanya enam orang yang layak sahaja dipangil untuk sessi temuduga iaitu lima lelaki seorang perempuan, kesemua peserta yang dipangil hazir didalam sessi temuduga ini.

Sebahagian Peserta Yang Hazir Temuduga


Peserta temuduga
Peserta temuduga
Peserta temuduga termuda









Tapak Baru Sangkar Ikan Air Tawar

Satu lagi tapak untuk Pemeliharaan Ikan Air Tawar sebanyak 20 sangkar telah diusahakan oleh Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersebelahan dengan tapak projek yang pertama ditempat yang sama.

Pihak koperasi setelah mendapat nasihat dan pandangan dari Pegawai Jabatan Perikanan yang sentiasa memantau sejak program ini dilaksanakan supaya sungai ini diperdalamkan lagi telah diambil tindakan oleh koperasi dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM 8,000 untuk kerja-kerja mendalamkan tebing sungai tersebut.

En. Abd. Razak Pegawai Perikanan Negeri Perak
bersama dengan En.Pissal Abu, Pengerusi Pemantauan
Apa kata En. Abd. Razak

Kerja-kerja mendalamkan tebing sungai
Kerja-kerja mendalamkan tebing sungai
Kerja-kerja melevelkan pasir

Sdr. Pissal bin Abu, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik sebagai Pengerusi Pemantauan bagi projek ini telah sempat membuat tinjauan dan memantau kerja-kerja yang dijalankan pada 27-10-2010 di Tebing Sungai Kuala Kangsar, Perak.

En. Pissal sedang membuat pemantauan
Tapak projek Ikan disebelahan
Ikan Patin

Ikan Talapia Merah
Sheley sederhana sedang dibina di Tapak Ikan baru




Thursday, October 28, 2010

Seminar Pengerusan Buangan Terjadual

Jabatan Alam Sekitar, Perak & Kualiti Alam Sdn Bhd 2010 dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Negeri Perak telah diadakan pada 28-10-2010 dirasmikan oleh YB. Dato' Mah Hang Soon, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Penguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak Darul Ridzuan, bertempat di Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah. Perak.

En. Azmanuddin Haq Ahamad, Pengarah urusan, Kualiti Alam Sdn Bhd juga turut memberi ucapan dalam majlis perasmian tersebut.

Ketibaan YB. Dato' Moh
Majlis Perasmian
Peserta Seminar
Sebahagian dari peserta
Ucapan En. Azmanuddin Haq Ahamad
Tuan CEO menghaziri majlis perasmian
Waktu rehat 10 minit

environment Idaman turut serta didalam program ini dengan mengadakan Pameran mengenai Program Penswataan Sisa Pepajal dan Pembersihan Awam di Negeri Kedah.

Tuan CEO turut melawat gambar pameran
En. Rizam turut membantu memberi penerangan
Sidang akhbar




Wednesday, October 27, 2010

Mencari-Cari Tempat Kursus

Adoh penatnya mencari dengan dibekal sekeping kertas sebagai bahan rujukan dimana letaknya tempat kursus Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah, Perak akhirnya dah jumpa boleh menarik nafas panjang lega rasanya.

Pintu masuk ke Resort
Kain rentang didepan balai jaga
Pemandangan dihadapan Jalan Masuk

Dah sampai oh rupanya saya disambut dan diberi petunjuk ketempat Penginapan, bila sudah sampai terima kasih saya ucapkan. Kaki langkah masuk kedalam bilik wawww hebatnya sesuai la dengan harganya RM 198.00 untuk 2 orang. Ketika ini saya baru seorang sampai apa lagi hebat laa, relax betul apa lagi nak dikata buka pintu bilik belakang wawwww cantiknya tasik, sebentar tadi penat dah tak penat lagi.

Receiption
Lebih kurang jam 8.00 malam Bos CEO pun datang 1 kereta naik 4 orang, saya bawa Bos pergi ke tempat receiption untuk check in, Bos tak mau bilik baru dia nak duduk bilik saya, apa nak dikata lagi pun bilik besar kami tidur 4 orang, wani tidur seorang dibilik sebelah.

Bos sedang membayar deposit resort
Kelihatan bilik-bilik resort
Bilik Resort sebahagian darinya

Malam saya bawa mereka keluar untuk makan malam tinggal Bos dok lena, kami segan nak gerak tengok dia terlalu letih, tengok dia letak kepala terus lena, letih katakan. Keesokan pagi kami bersiap terus breakfast selepas tu terus ka tempat seminar.

Wawww segak Bos
Apa lagi kita pun sama la menghirup udara pagi

Hai kawan mu pun tak lepas peluang gaya nampak






Friday, October 22, 2010

Gotong Royong Membina Dewan

Rukun Tetangga Taman Utama sebagai Taman Model Idaman telah melangkah setapak kedepan dengan membina sendiri Dewan Pelbagai Guna hasil dari sumbangan orang ramai untuk dijadikan Pusat kegiatan RT, Balai Rondaan dan sebagainya khusus untuk penduduk-penduduk diTaman tersebut.

Dewan yang sedang dibina
Salah seorang AJK sedang memaku kayu

Komitmen yang ditunjuk oleh Ahli Jawatankuasa RT boleh diberi sekalung TAHNIAH kerana demi perpaduan penduduk serta mengadakan program mereka sanggup menerima bebanan ini.

Ramai AJK terlibat sedang bergotong royong
2 orang AJK sedang gergaji kayu
En.Pissal salah seorang penduduk turut membantu
Cik Maria dari Akhbar Sinar sedang membuat liputan

Kerja-kerja pembinaan ini berjaya oleh kerana ramai diantara AJK itu sendiri mempunyai bakat dari segi pembinaan dan sebagainya.  Bukanya mudah untuk mencapai impian jika diantara mereka tidak bersatu dan tidak bersungguh-sungguh.



Kursus Asas Ternakan Ikan Air Tawar

Sekalung TAHNIAH diberikan kapada SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA Cawangan Wilayah Persekutuan khususnya kepada En.Aminudin bin Yahya  yang telah berjaya menganjurkan Kursus Teknik Pengerusan Asas Dan Latihan Praktikal Ternakan Ikan Air Tawar (Ikan Keli) Peringkat Zon Selatan yang diadakan baru-baru ini pada 19-21/10/2010 bertempat di SUN INNS Hotel, Kuala Selangor.

Hotel Tempat Kursus Kuala Selangor
En. Aminudin bin Yahya
Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Promosi & Pembangunan)

Kursus yang diadakan ini sudah mampu dapat menarik minat peserta-peserta dari Koperasi-koperasi yang menyertainya, kesenimbungan jika ada peserta-peserta yang hazir tempoh hari sekiranya mereka berminat bolehlah meneruskan program ini dengan memohon bantuan teknikal dari SKM dan sebagainya.
En. Abdul Aziz bin Ayup (sedang Memberi Taklimat)
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (Bahagian Pengembangan)
En. Mohd. Fazil sedang memberi ceramah

Penceramah telah berjaya menyampaikan kertas kerjanya berdasarkan pengelamannya sendiri mengendalikan ternakan ikan keli yang diusahakan oleh koperasinya. Apa-apa pun jika kita nak melaksanakanya dengan berharap bantuan sepenuhnya dari kerajaan khususnya SKM  tanpa berusaha maka batalkanlah hasrat tersebut.

Lawatan ke Tapak Projek
Kolam Simen Ikan Keli & Talapia

En. Mohd. Fazil sedang memberi taklimat
Video Ikan Keli
Ikan didalam tong ini untuk dijual
Peserta dilatih membelah ikan untuk dibuat kering
Bergambar beramai-ramai dengan peserta kursus

Bagi menjayakan program ini pertama sekali mesti ada minat, masa dan kesunguhan barulah boleh berjaya dengan menyediakan kertas kerja serta mendapat persetujuan koperasi dimajukan kepada SKM serta lain-lain agensi.  Syarat utama mesti menghaziri mana-mana kursus asas mengenai ternakan ikan air tawar.

En. Norhisham bin Muhamad Ali
Penyelaras Kursus

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menghantar 3 orang peserta menghaziri Kursus ini iaitu Tuan Haji. Mohd. faizi bin Haji. Aznam, Setiausaha Koperasi, En. Aziz bin Muda, ALK (Pengerusi Urusniaga) dan En. Pissal bin Abu, ALK (Setiausaha Urusniaga ).

Hari akhir peserta dibawa melawat ke-kilang memproses makanan ikan


Misin proses makanan ikan
Setelah siap diproses dari tepong

Monday, October 18, 2010

Pak Ku Masuk Wad

Sahabat kita Ku Jamaluddin bin Ku Abd.Razak dari Majlis Perbandaran Langkawi, merangkap Naib Pengerusi, ANULAE Semenanjung Malaysia, Cawangan Kedah Utara, dan Juruaudit Dalaman, ANULAE Semenanjung Malaysia telah dimasukan ke Hosptial setelah beliau hanya membuat Medical check biasa, selepas diadakan medical check didapati beliau menghidapi Hati bengkak. Difahamkan hari ini 18-10-2010 beliau akan dibedah untuk tujuan rawatan selanjutnya.


Pak Ku sedang berbaring

Saya bersama En.Mohd.Redza dan En.Parizan dari environment Idaman sempat melawat Pak Ku dihospital Alor Setar di Tingkat 3 bilik 3B, kami mendapat kebenaran dari bahagian keselamatan untuk masuk melawat didalam waktu Lawatan Doktor.

Salam apa kabar sakit lagi ka
En. Mohd.Redza dan En.Parizan sedang berbual
Pak Ku ditemani oleh isterinya