Tuesday, October 12, 2010

LAWATAN KE VIETNAM

Terima kasih kepada YBhg. Datuk Bandar Alor Setar yang telah memberi peluang kepada saya menyertai Lawatan ke Vietnam selama 4 hari 3 malam bersama-sama dengan Ketua Jabatan dan AJK Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar pada 17-20/12/2009.

Airport Alor Setar masih menunggu kawan-kawan
Penerbangan Mas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur

Inilah pertama kali saya menjejak kaki dibumi Vietnam, kalau mengikut sejarah sebut nama Vietnam tentu siapa saja rasa gementar dan takut pun ada, maklumlah jika melihat filem perang Vietnam dengan Amerika wauuuu boleh tahan.

Kedai bebas cukai di KLIA

Dalam tempoh selama 4 hari 3 malam kami disana, seperti biasa laaa mengikut pakage yang disediakan, Jadual ketat. Sampai saja kami diAirport kami disambut oleh pemandu pelancong yang bernama Chuan Yen anak tempatan boleh berbahasa inggeris dalam kesederhanaan. Kami dibawa naik bas yang sedia menunggu kami untuk ke hotel, mashallah sepanjang jalan kami tengok purata 1 buah kereta 200 biji motor, wau banyaknya motor kami nak sampai dihotel yang jaraknya dari airport lebih kurang 7 KM terpaksa mengambil masa nak sampai ke hotel selama 2 jam.

Ribuan Motor didalam Bandar Hoe Chin Min

Hari yang kami sampai pada malam itu ada pertandingan bolasepak antara Malaysia dengan Vietnam, kami dinasihat pada malam itu tidak merayau kemana-mana kerana rata-rata rakyat Vietnam begitu fanatik mereka sanggup buat apa saja kerana nak menang. Sepanjang perjalanan ke hotel kami melihat setiap sudut ramai penyokong mereka tak kira lelaki atau perempuan semuanya mengibar bendera Vietnam serta berarak dengan motor kesana-sini.

Jalan menjadi sesak

Trafik disana ya allah tuhan saja yang tau ikut hati mereka ada yang mengunakan jalan songsang ada yang kiri pi kekanan yang kanan pi kekiri ceramok betul, jalan raya dikuasai motor.

Keesokanya kami dibawa melawat Muzium Perang, Huuuu sampai dimuzium kami diberi taklimat ringkas mengenai pameran yang disediakan. Banyak senjata perang termasok kapal terbang Amerika yang dirampas dipamerkan, kami ditunjuk gambar-gambar perang wau cerdiknya Vietnam gambar yang ditunjuk semua rakyat Vietnam yang cedera dan sebagainya. Gambar-gambar orang Amerika yang cedera parah, mati tak ditunjuk kerana nak mendapat simpati. 
Berikutnya kami dibawa masuk kedalam hutan tempat persembunyian tentera vietnam semasa berlaku peperangan tak lama dulu, sekarang tempat ini menjadi pusat pelancongan untuk para pelancong yang melawat vietnam. Sampainya kami diKem mereka terus membawa kami masuk dibilik gerakan bawah tanah untuk membari taklimat wauuu terpegun kami atas taklimat peperangan antara Amerika dengan Vietnam.
Sedang mendengar Taklimat
Pemandu Pelancong sedang memberi Taklimat

Disekeliling tempat kami diberi taklimat kedengaran bunyi seperti kami nak pergi berperang, wauuuu hebatnya mereka mengatur strategi, kemudian kami dibawa ketempat letaknya perangkap samar semasa berlakunya peperangan, kami berjalan dengan penoh berhati-hati takut kami terpijak perangkap walau pun tempat perangkap ditunjuk papan tanda, wowww awat banyaknya perangkap ni keluhan dihati terpikir hisss kalaulah kami terpijak jawabnya tak balik la kami ke Malaysia.

Pelbagai jenis perangkap

Bergambar bersama-sama dengan Datuk bandar, MBAS

Sampai disuatu tempat kami dibawa masuk kelubang tanah yang cukup sendat untuk berangkak lari dari tentera Amerika. tempat yang ditunjukan siapa pun tak tahu disitu ada lubang yang boleh mereka meloloskan diri dari tentera Amerika sebab tu laa meraka menang.

Masuk kedalam lubang bawah tanah

Askar Vietnam memproses bom yang tak meletup
Jenis-Jenis bom yang tidak meletup

Kami dibawa ketempat menembak mengunakan senjata revolluber saya dan YBhg. Datuk Bandar mengambil peluang untuk belajar menembak tak mahal harganya 10 butir peluru lebih kurang RM 56.00 saja harga yuan dah lupa. Selepas itu kami dibawa makan tengahari rasa-rasanya kari ikan tentunya sedap, sebaik saja makanan dihidang didapati tak ada langsung kari betul-betul makan nasi dengan ikan goreng tepung sayur boleh dikatakan sayur tapi tak nampak sayur pun, alamak penat-penat rasanya, apa boleh buat hentam saja la kalau tak makan takut lapar.

Menembak mengunakan Rollvolver

Malam kami dibawa naik kapal besar untuk makan malam kami lihat banyak la pelancong, kapal tu besar kami orang Islam makan ditingkat 3, Mat saleh tingkat 2 untuk rakyat tempatan dibawah kemudian itu belayar membawa semua penumpang dengan menghidangkan makanan kepada kami, wahhhh boleh tahan juga makana malam ini Nasi masuk kedalam cawan lauk-lauknya pelbagai jenis tapi kari tak ada juga alamak faham aja laaa. semuanya makanan banyaknya goreng saja sayur nampaknya sedap tapi bila makan allahai faham saja laaa, balik dihotel kami pakat kena maggi laaaa haaaa puas.

Hidangan yang wajib kepada pelancong
Keesokan selepas melawat kami dibawa ketempat shoping untuk membeli belah, wauuu boleh tahan ramainya manusia merayau-rayau maka terjumpa la group malaysia bila kami bersembang mereka juga semacam kami kata salah seorang dari mereka apa nak dikatakan dah mai tempat orang kena la buat macam tempat oarang, kami pakat-pakat ketawa. Ditempat shoping tu banyak la peminta-peminta sedekah terdiri dari mangsa perang yang cacat tak ada tangan, kaki, muka yang mengerikan dan sebagainya. Kesian bila kita tengok keadaan mereka.

Shoping dihadapan hotel

No comments:

Post a Comment