Thursday, October 14, 2010

Rumah Terbuka environment Idaman Alor Setar

environment Idaman buat pertama kali mengadakan Rumah Terbuka sempena menyambut aidilfitri 2010 pada 09-10-2010 dihadapan Pejabat Taman Anggerik, Alor Setar.  Majlis bermula jam 12 tgh - 4.00 ptg. Apa pun inilah pengelaman pertama yang tidak disangka diduga dengan kehaziran diluar jangkaan, wuhhhhh penat tengok keadaan.


Wat tak penatnya budget 400 orang untuk staff dalaman dan luaran, budget jemputan luar adalah lebih kurang 100 orang itu pun termasok kira pekerja yang tak datang. Rupanya tersilap hitung, pertama sekali majlis ini dibuat dihadapan pejabat secara terbuka, kedua masuk pula dalam akhbar memaklumkan rumah terbuka, ketiga jenis makanan dikurangkan satay 4,000 kepada 2,500 aja serta lain-lain lagi.

Satay Hai En. Redza tak sabar ka

Jenis-jenis makanan adalah Nasi briani, Nasi Carrot, Satay, Laksa, Kambing, Rojak, Ketupat, Nasi Himpit, Kueh Raya, ABC, Cendul, Teh Tarik dan Serbat.

Ketupat/Nasi Himpit
Kambing
Rojak
Nasi Briani
ABC + Cendul

Seperti biasa la sebelum bermula semua pekerja makan terlebih dahulu, ketika ini Tuan Ceo dah sampai beliau pun terus melayan tetamu , apabila orang ramai tengok orang dah makan apa lagi mereka pun terus masok ambil pinggan ambil nasi walau pun jam menunjuk pikul 11.40 pagi jemputan jam 12.00 tgh. Apa lagi kelam kabut laa. lebih kurang jam 1.15 tgh, Tuan CEO bagi tau Abang Pissal makanan kena tambah lagi orang ramai ni, saya kata insyaalah tuan.


Kelihatan Tuan CEO berbaju kuning melayan tetamu
Tetamu sedang menjamu selera
Betapa ramainya tetamu

Sambutan diluar jangkaan menyebabkan ramai pekerja-pekerja dibahagian operation yang hazir tak dapat makan kerana jenis-jenis makanan yang dihidangkan semuanya habis belaka, jam 1.30 tgh saya terus pergi beli beli Laksa Kuala kedah sebanyak 50 kilo. alhamdullilah keadaan kembali stabil balik itu pun hanya laksa saja yang ada.

Ngo Kampung Peremba turut membantu
Amboi sibuknya

Dikhemah VIP makanan masih ada itu pun hidangan untuk VIP sahaja, jam 1.45 kelihatan yang datang YB. Datuk Phakulroji, Datuk Bandar, Amirshah dan Ahli-Ahli majlis mereka berbual sehingga jam 3.00 petang, sekembalinya jemputan naka kami pun mula menyimpan kembali meja, kerusi, khemah serta lain-lain lagi.

Tuan CEO bersama Ketua-Ketua Jabatan
Staf-Staf enviroment Idaman, Alor Setar

Kelihatan Staf dibelakang letih nampaknya
Cik Lela tolong membantu kupas nanas
Alahai, kami apit anak teruna
En.Rozy lagi kacak betul-betul cam pengantin
Pemandangan dari atas pejabat
Persiapan dan hiasan khemah
Amboi cantiknya bunga hiasan
Hai macam nak kenduri kawin aja

No comments:

Post a Comment