Monday, October 4, 2010

Projek Ikan Air Tawar

Setelah 2 kali diberi taklimat mengenai ternakan ikan air tawar dan beberapa kali mesyuarat telah diadakan maka Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Berhad yang mempunyai seramai 13,000 ahli diseluroh Semenanjung Malaysia bersetuju sebulat suara projek ini dilaksanakan di tebing Sungai Kuala Kangsar.

Mesyuarat membincang Projek Ikan Air Tawar
di Kuala Lumpur

Sebanyak 20 sangkar besi berukuran 20 x 20 kaki telah ditempah dengan kos sebanyak RM 102.500.00 bagi 3 jenis ikan iaitu Ikan Talapia, Ikan Patin dan keli.  Ikan Talapia sebanyak 28,000 ekor, Ikan Patin 5,000 ekor manakala Ikan keli 25,000 ekor, kesemuanya telah dimasukan kedalam sangkar berasingan.

20 unit sangkar sebesar 20 x 20
Anak ikan talapia
En. Pisssal ALK sedang memantau 
En. Pissal ALK sedang menyemak dan mengesahkan
akaun perbelanjaan ikan

Selepas 5 bulan ternakan mulalah menampakan hasil dan ikan-ikan ini dah boleh dijual, ramai peniaga-peniaga kecil datang membeli secara runcit dan ada pula peraih datang nak memborong kesemuanya, namun untuk jangka masa yang panjang kita terima semuanya.

Ikan Patin yang besar sederhana


Ikan Keli yang dah besar
Ikan Keli yang dah besar dan boleh dijual
Lihat Ikan Talapia yang dah besar dalam proses
memindah ikan-ikan yang besar ke sangkar

Perasmian Ternakan Ikan Air Tawar telah disempurnakan oleh YB. Dato' Nazri, Ahli Parlimen Padang  2010, turut hazir dimajlis tersebut Penghulu, Imam dan ramammi lagi
Pengerusi Koperasi menyambut kedatangan YB

Majlis Perasmian bermula
Tuan. Hj. Mohd Faizi Aznam sebagai Pengerusi majlis
Tn. Hj. Abu Hassan Abdullah Pengerusi Kospeta

Y.A.B Dato' Sri Nazri
Menteri diJabatan Perdana Menteri

Setelah ikan dah besar pihak Koperasi mula menjualkanya kepada orang ramai dengan harga yang rendah, ramai peniaga-peniaga kedai makan disekitar Pekan Kuala Kangsar datang

                             Ikan sedang dijual kepada peniaga kecil                                   

Ikan dimasuk ke dalam tong dan dibawa naik keatas trak

Sehingga hari ini 04/10/2010 perbelanjaan keselurohan termasok dengan bayaran upah tenaga kerja sebanyak RM 185,899.70.  Sesiapa yang berminat boleh hubungi melalu Laman Web http://www.kospeta.com/

No comments:

Post a Comment