Thursday, October 7, 2010

Cam Na Pergi Medan Dengan Kadar Murah

Mari kita sama-sama syer pengelaman, Saya 15 kali ke Medan melalui syarikat pelancongan 8 kali persendirian 7 kali jumlah keselurohan 15 kali. sudah tentunya ada yang menarik dan sebaliknya sama-samalah kita berkongsi pandangan.

Kali pertama 1972 ketika itu usia saya 18 tahun 9 bulan, saya mengjijak kaki buat pertama kali di Medan, faham aja la seronok tak terkira dengan kadar harga ketika itu RM 250 seorang untuk 5 hari 4 malam dengan menaiki kapal terbang dari Penang ke Medan pergi balik. Jika banding harga sekarang  RM750 seorang, wau jauh bedzanyakan?

Jika malalui syarikat pelancongan RM 750 termasuk tiket kapal terbang pergi balik, makan, hotel dan bas selama 4 hari 3 malam semasa berada disana beserta dengan program2 yang telah diatur. Sesungguhnya bagi sesiap yang pergi kali pertama memang seronok, tidur hotel taraf 4 bintang, makan minum semuanya dihotel, bergeraka kesana sini dengan Bas, pendek kata kita ini dilayan seperti TUAN namun begitu semuanya dilakukan kerana tugas tetapi disebaliknya apa yang diharapkan oleh mereka-mereka itu tidak lain tidak bukan TIP, boleh dikatakan kemana saja termasok hotel yang kita pergi semuanya TIP.

Tip ini menyebabkan kita rasa tidak selesa sebab kita sentiasa diperhatikan kemana sahaja kita pergi kadang-kadang mereka datang menghampiri kita dengan menawar perbagai aktiviti atau service atas alasan jika kita penat, maka akan diurus panggilnya tukang urut bagi mengurut semuanya badan atau membawa kita ketempat-tempat yang lebih menarik, jika tempat yang kita pergi itu amat menarik maka mereka turut mendapat tip dari tuan punya kedai tersebut bila balik sampainya nanti kita dihotel maka disitulah mereka akan kenakan upahan yang amat tinggi dengan perbagai alasan diberikan mau tak mau kena bayar, jika enggan bayar akibatnya mereka akan bawa geng ketok pintu bilik kita jam 3 @ 4 pagi minta duit.

Bagi yang pernah pergi kali pertama , kedua, ketiga semuanya akan seronok tapi mereka akan terasa seperti letih, bosan dengan program yang padat tidak sebebas-bebasnya, pemandu pelancong asyik membawa kita dikedai-kedai  yang boleh dikatan tempat dia boleh mendapat TIP semua shoping dikedai yang mahal-mahal belaka. Jika kita nak pergi kedai jualan murah kenalah pergi sendiri dengan menaiki sama ada beca motor atau kereta sahaja itu pun selepas acara bebas.

Ya yang bestnya pergi sendiri kita bebas dari semuanya kemana sahaja kita nak pergi tiada siapa yang akan mengatur perjalanan kita pokoknya kita sudah tahu semua tempat itu. Sekarang saya akan terangkan cara-cara nak pergi keMedan dengan kadar yang murah.

Pertama
Pastikan kita mempunyai pasport perjalanan yang sah (Pasport International) 

KeDua 
Buka internet sama ada AirAsia, Mas atau pergi sahaja keSyarikat Pelancongan membeli tiket  melalui internet dengan kadar harga RM 220 untuk pergi balik. 

KeTiga  
Sesampainya kita diAiport Polonia kita isi borang dan cop pasport selepas itu keluar terus beli tiket teksi dengan harga RP 50.000 (RM 18.00 lebih kurang) terus ke hotel yang mana kita nak menginap.Sampainya kita dihotel selepas turun dari teksi bawa beg terus ke kaunter (ketika ini pertugas hotel  menerpa  untuk  mengambil kita, jika mereka berjaya mengambil beg kita erti kata Tuan harus membayar TIP) Harga hotel disekitar RP 150,000 (RM 65.00) RP 250.000 ( RM 110.00). Jangan lupa selepas itu turun balik ke Lobby pergi diejen penerbangan yang terdekat confirm tarik penerbangan balik bila? jika tidak confirm tarikh yang kita nak balik mereka beri tempat duduk kita pada orang lain, Kalau kita nak balik juga tarikh tersebut tidak terlebih dahulu confirm jawabnya kena tambah caj la, caj cukup mahal la. (Inilah kerja mereka sentiasa cari duit)

KeEmpat
Kedai makanan (Rumah Makan) Islam banyak disana kita bebas nak makan apa-apa pun tapi harus berhati-hati jika tiada tanda Allah Muhamad atau  tak ada tanda Bismillah, walaupun tuan kedai itu memakai kopiah tak boleh dipercayai kebanyakan bangsa sana memakai kopiah tetapi setengah dari mereka beragama kristian.

KeLima 
Shoping pergilah kePasar jika tak tahu tanya bahagian receiption hotel dimana arah tuju pasar dia akan memberitahu. Jalan keluar dari hotel terus mendapatkan teksi motor. Jangan minta penjaga hotel dapatkan teksi nanti semuanya Tip.Teksi atau beca motor disana harganya disekitar RP 10.000 @ RP 20.000 saja diPasar itu memang harganya MURAH dari tempat-tempat lain. Shopping komplek disana banyak orang tempatan sentiasa banyak dimana-mana shopping komplek.

KeEnam
Apabila sampai waktunya kita nak balik tolong check pasport, tiket penerbangan dan kad boarding juga jangan habiskan wang rupiah kena simpan untuk bayar airport tax lebih kurang RP 120,000, teksi dari hotel ke airport RP 50.000 jika ada wang berlebihan selepas kita masuk check in didalam sana ada banyak ole-ole atau cederamata boleh habiskan wang rupia disitu. Apabila kita nak berlepas Pegawai Kastam akan minta TIP dari kita katanya Bapak wang rupiah yang tak dihabis belanja bagi kami buat makan.

Jika kita banding perbelanjaan dengan Syarikat RM 750.00 hanya untuk pakage kesemuanya tidak termasok shopping, tapi jika kita pergi sendiri wang lebihan perbelanjaan boleh untuk shopping.

Itu sahaja Tip dari saya, Salamat mencuba.

No comments:

Post a Comment