Selepas selesai Malis Penutupan Kursus/Bengkel Generasi Muda oleh YBhg. Dato' Haji Omar Osman pada hari terakhir 22 Julai 2011 hari Jumaat jam 1.00 tengahari kami ke masjid yang berdekatan Solat Jumaat, selepas itu saya pun terus balik ke Alor Setar dari Kota Bharu.
Dalam perjalanan balik saya menerima talipon dari kawan mengatakan ada perjumpaan di Banding Lakeside Inn, Hotel & Apartment yang terletak ditengah-tengah Gunung Titiwangsa dalam Daerah Grik, Perak.
Sesampainya saya disana kawan-kawan sedia menunggu mereka minta saya kekaunter mengambil kunci bilik yang terlebih dahulu sudah ditempah oleh mereka. Bagi saya hotel ini baru saja siap ianya amat menarik apatah lagi bilik saya mengadap diTasik Banding, huuuuuhhhh cantiknya pemandangan, memang sesuai kalau hari bercuti membawa famili menginap dihotel tersebut. Harga promosi yang ditawarkan sehingga hujung tahun ini dari RM 190.00 kepada RM 130.00 sahaja termasok untuk 2 orang brekfast.
Selepas makan malam kami berbincang mengenai pembentukan 1 syarikat Sdn Berhad, keputusanya ianya tergantung atas jawapan balik yang dipersetujui oleh kami semua sehingga hujung bulan ini, sekiranya semua bersetuju kami akan berkumpul sekali lagi untuk tindakan proses penubuhan syarikat tersebut.
Bagi saya suasana di tempat tersebut cukup menarik, sejuk dan TERASA AMAN DAN NYAMAN boleh menghilangkan tension.
No comments:
Post a Comment