Sunday, July 3, 2011

Hari Ke Dua Di Phuket

Program hari ke dua 2 Julai 2011 nampaknya padat selepas sarapan pagi kami menaiki Bas jam 9.30 pagi tempat pertama kami menuju PHUKET RIFLE SHOOTING ASSOCIATION disana kami boleh belajar menembak mengunakan senjata api yang betul dengan mengunakan peluru hidup. Ramai peserta lawatan mengambil peluang ini, caj yang dikenakan 10 butir peluru Bath 890 (RM 89.00) jenis pistol dan Bath 690 (RM 69.00) 10 butir peluru jenis Riffle.




GEMS GALLERY Kilang Batu Permata yang terbesar di Dunia tempat kedua kami melawat, sampainya rombongan kami disana kami disambut dengan welcome drink dan diberi taklimat di bilik khas untuk tayangan video. Selepas menyaksikan video kami dibawa masuk dan melihat cara-cara memproses batu permata dan membuat cicin, dianggarkan seramai 30 orang pekerja didalam bangunan tersebut.



Jam 12.50 tengahari kami dibawa ke kedai makan Marina Kitchen untuk makan tengahari,  sampainya kami disana wauuuuuu terhidang sudah makanan diatas meja, Huuuuuhhhh tunggu apa lagi tak sempat kawan-kawan lain nak duduk setengah yang lain dah balun dah, huuuuuuuhh sedapnya begitu berselera sekali. (Lapar katakan) 




Selepas makan kami ke kedai Phutai Souvenir Market membeli barang cederamata untuk dibawa balik ke Malaysia.  Pelbagai jenis barangan dipasarkan termasok juga membuat manit dari orang -orang asli disana secara langsung.



Acara yang menarik sekali kami diberi masa dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam berada di Patong Beach disitu dapatlah kami menjamu mata bolehlah tengok mat saleh menirap diatas pasir ada kawan yang lain tumpang massagge kaki yang sedia ada disitu. Sebelum matahari tengelam kami dibawa ketempat shoping baru. Didalam shoping tersebut ada Robinson, Jungleceylon Water Fountain Show dan lain-lain lagi, Mat Saleh waaaauuuu berlambak tempat depa (mereka) katakan.



Jam 8.00 malam kami dibawa balik ke pekan Phuket lama untuk makan malam, seperti biasa sampainya kami makanan sudah terhidang naaaahhhhh tunggu apa lagi kata kawan-kawan yang lain hemtam saja la, selesai semunya selepas saya membayar harga makanan (Harga makanan mahal) terus kami balik ke Hotel.

Hai tunggu apa lauk lagi ka?


No comments:

Post a Comment