Sunday, July 3, 2011

Hari Ke 3 Di Phuket

Hari ke 3 pada 3 Julai 2011 Selepas makan pagi kami ramai-ramai bergambar dihadapan hotel kemudian semuanya menaiki Bas bertolak balik ke Haatyai, janji bertolak jam 9.00 pagi paham-paham aja la ada yang nak melepas ada pula lupa barang dan sebagainya jadilah kami bertolak jam 9.45 pagi.


Tengahari jam 2.00 bas berhenti ditempat shoping terakhir di Daerah Trang serta makan tengahari disitu, alahai selagi tak habis duit selagi itu la mereka shopping dan ada yang simpan sikit untuk shopping di Haatyai.


Hari semakin lewat En. Ramli Setiausaha Agung memberitahu Bas tak payah singgah di haatyai kepada saya memandangkan pemandu yang memandu Bas tersebut terlalu perlahan memandu membuatkan ramai peserta rombongan tidak berpuas hati tapi apakan daya kata mereka streng bukan ditangan kami. Masing-masing mengeluh.

Sumbangan Tip Pada Guide

Akhirnya Bas sampai jam 6.30 petang di Danok, bagi mereka yang masih mempunyai wang Bath mereka shopping habis-habisan ada yang beli baju ada yang beli buah-buahan dan sebagainya.



Lebih kurang jam 8.00 malam tidak lagi ternampak sesiapa di Pekan Danok boleh dikatakan semuanya dah pulang ke destinasi masing-masing.

Bagi saya sebagai ketua rombongan terserahlah kepada taksiran masing-masing  sama ada lawatan ini bagi satu kenangan yang menyeronokan atau tidak hanya itu sahaja setakat kemampuan yang dapat diberikan. Sebagai manusia memang kita tidak dapat memberi seratus peratus seperti yang dikehendaki.

Bersambung lagi..... 

No comments:

Post a Comment