Sunday, July 3, 2011

Lawatan Ke Phuket (Hari Pertama)

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) telah mengadakan Lawatan Ke Phuket selama 3 hari 2 malam pada 1-3 Julai 2011.

Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia, KL

Mesyuarat Exco telah meluluskan program lawatan ini telah sekian lama ianya tertangguh kerana kesibukan  tugas Pegawai-pegawai Kanan Kesatuan dengan kerja seharian masing-masing. Peserta-peserta lawatan seramai 56 orang terdiri daripada Ahli-ahli Exco iaitu Pengerusi dan Setiausaha Cawangan dan setiap cawangan diwakili oleh 2 orang pegawai. 

Peserta-peserta  mula berkumpul diDanok jam 6.00 petang dan pihak urusetia menyediakan sebanyak 10 bilik untuk mereka berehat sementara menunggu jam 1.00 malam untuk menaiki Bas 2 tingkat ke Phuket.

Mesyuarat juga telah memutuskan En.Pissal Abu Mantan Naib Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia menguruskan program lawatan tersebut. Tiga orang Pegawai Tertinggi Kesatuan turut serta dalam lawatan ini iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiasuaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia. 


Sebaik sahaja Bas tiba jam 1.00 pagi kami semua menaiki Bas menuju ke Phuket. Rombongan kami lewat tiba di Phuket kerana pemandu Bas tersebut memandu dengan perlahanya namum begitu kami semua selamat sampai di Pearl Hotel jam 10.30 pagi.


Bilik Hotel

Kami diberi rehat selama 1 jam dibilik masing-masing dan kemudian kami menuju ke Masjid untuk Sembahyang Jumaat, selepas jumaat kami semua makan tengahari secara ala kadar direstoran bersebelahan dengan Masjid.


Selepas makan rombongan kami dibawa melawat Kedai Batu Permata untuk membeli belah disana, Kami terlebih dahulu diberi taklimat mengenai Batu Permata selepas itu rombongan kami dibawa ke kedai biji janggus. Wah wah wah sampai disini semuanya diberi rasa dan makan dahulu sebelum membelinya.

Dengar Taklimat
Melihat Batu Permata

Biji Janggus

Rombongan kami bertolak ke Kilang Tshirt aduhai sampai saja disana tak sempat taklimat habis tengok-tengok setiap orang dah bawa raga pilih baju huuuuuuuu apa lagi tersenyumlah toukei kedai tersebut selepas itu kami semua dibawa ke kedai makan untuk makan malam dan selepas makan kami pulang ke Hotel.\

Waaaauuuuu shoping sakan
Makan Malam
Video Makan Malam

Gambar Hari Pertama Di Phuket

No comments:

Post a Comment