Friday, November 30, 2012

Perjumpaan dengan Wargakerja

J/Kuasa 3P telah berjaya mengadakan program wargakerja bersama dengan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 30/11/2012 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin, Tingkat 1, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di KM 12 Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih bin Muda sedang meberi ceramah

Perjumpaan ini diadakan 3 bulan sekali mengikut keadaan semasa, dalam perjumpaan ini En. Azih bin Muda selaku Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad menasihati semua wargakerja supaya bekerja dengan penuh berdisipilin dan beri servis yang terbaik kepada semua ahli-ahli.

Wargakerja yang hadir

Disebelah petang selepas solat jumaat diteruskan dengan mesyuarat 3P yang dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu, semua Jawatankuasa hadir didlam mesyuarat tersebut. Mesyuarat juga telah membincang dengan panjang lebar dan susun atur acara Seminar Sehari Zon Timur pada 8/12/2012 di Kota Bharu, Kelantan.

Mesyuarat 3P

Mesyuarat juga memutuskan menganjur lawatan ke 5 destinasi untuk mulai bulan 12 hingga Mac 2013 untuk pilihan ahli-ahli iaitu Hon Chin Min (Vietnam), Phnompenh (Combodia), Beijing (Cina), Medan (Indonesia) dan UMRAH & Ziarah. Pinjaman dikeluarkan 100% dari Koperasi untuk ahli-ahli Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Perjumpaan Penguatkuasa Seremban

ANULAE Semenanjung Malaysia dengan kerjasama ANULAE Cawangan Seremban hari ini 29/11/2012 telah berjaya mengadakan Program Taklimat Transformasi Perkhidmatan Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia diseluroh Negeri Sembilan, bertempat diDewan Besar, Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan.


En. Azih bin Muda Presiden ANULAE

Tujuan program ini diadakan untuk mengumpul semua tenaga Pegawai Penguatkuasa diseluroh Negeri Sembilan untuk memberi penerangan dengan sejelas-jelasnya bagi mengubah kedududkan dari Gred N kepada Gred W sama seperti Pegawai Keselamatan.

En. Azih bin Muda memberi ucapan

Program ini dihadiri oleh seramai 188 orang Pegawai Penguatkuasa purata 98% dari seluroh PBT Negeri Sembilan. En. Azih bin Muda Presiden, En. Adnan bin Mat Timbalan Presiden dan En. Ramli bin Kaliil sebagai Setiausaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia menghadirinya.


Sebahagian dari Pegawai Penguatkuasa

Ucapan penoh semangat dari En. Azih bin Muda selaku Presiden selama 2 jam menyentuh dalam pelbagai isu terutama menukar Gred N kepada Gred W Keselamatan mendapat tepukan gemuruh, sorakan yang kuat menambahkan lagi semangat penceramah meneruskan ucapanya. Rata-rata yang hadir sangat berpuas hati penerangan yang disampaikan.

Meja Urusetia
Jamuan Petang

Thursday, November 29, 2012

Hilangkan Strees di Tg. Balai


Selesai diadakan siri perjumpaan dengan 2 PBT di Johor saya bersama kawan-kawan seramai 3 orang meneruskan perjalanan kami menuju ke Kukup untuk menyeberang ke Tg. Balai Karimun, Indonesia selama 3 hari 2 malam pada 27-29/11/2012.

Terminal Tg. Balai Karimun
Atas Bumbong Feri

Selain menghilangkan strees keesokan hari kami ke pelabuhan menyambut rakan-rakan kita dari Majlis Bandaraya Kuala Trengganu yang mengadakan program Lawatan Sambil Belajar serta mengadakan Mesyuarat ANULAE Cawangan di Tg. Balai Karimun, Indonesia.

Hotel Paradise
Perjalanan dengan Feri
Receiption

Hari kedua disebelah pagi seperti biasa la jika datang ke Tg. Balai tak kena Gulai Asam Pedas ia tidak bermakna, Specialnya Gulai ini Ikan-ikan pelbagai jenis semunya Ikan-ikan segar termasok udang.

Ikan baru
Sarapan Pagi dengan Asam Pedas
Masak Asam Pedas

Seramai 25 orang Jawatankuasa ANULAE Semenanjung Malaysia Cawangan Majlis Bandaraya Kuala Trengganu hadir dalam lawatan ini dan kesemua mereka ditempatkan di Hotel Paragon, Sepanjang tempoh 3 hari 2 malam disitu selain mengadakan mesyuarat mereka juga mengadakan Lawatan dengan menaiki Bas untuk melihat keindahan disekeliling Pulau tersebut.

Hotel Paragon
Rombongan ANULAE Kuala Trengganu
Menaiki Bas Pusing Pulau

Hari ini 29/11/2012 kami terpaksa keluar awal sehari meninggalkan rombongan tersebut kerana hendak meneruskan program bersama Pekerja-pekerja Penguatkuasa di Majlis Perbandaran Seremban dan seluroh PBT Negeri Sembilan yang bermula pada jam 2.30 petang.

Membeli belah
Gambar Tg. Balai

Tuesday, November 27, 2012

Taklimat dan Dailog

ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Kulai dengan direstui oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulai, telah berjaya mengadakan Program Taklimat dan Dailog pada 27/11/2012 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Perbandaran Kulai, Johor Darul Takzim.

Pejabat Majlis Perbandaran Kulai
En. Azih bin Muda, Presiden ANULAE
Ucapan En. Azih bin Muda

Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia En. Azih bin Muda dijemput sebagai tetamu khas untuk taklimat khusus tuntuttan Cuepacs serta menyelesaikan masaalah-masaalah dalaman di Majlis Perbandaran Kulai. Program ini mendapat sambutan yang baik, Tuan Setiausaha Majlis, Pengarah Akauntan serta beberapa Ketua Jabatan dan Wakil-wakil setiap Jabatan dan unit turut hadir.

Wargakerja yang hadir

Taklimat selama 2 jam berakhir dengan Majlis Dailog yang disertai oleh pelbagai lapisan yang ingin bertanya dan menyelesaikan masaalah mereka. Alhamdulilah rata-rata yang hadir amat berpuas hati setelah masaalah mereka didengari dan boleh diselesaikan.

Menyelesai Masaalah Pekerja
Gambar Keselurohan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dan Syarikat KVK Multimedia juga turut menyertai  dalam program turun padang bersama ANULAE Semenanjung Malaysia yang diketuai oleh En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha dan hadir sama Pengurus serta Wargakerja Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Kaunter Koperasi dan KVK
Jamuan Ringan

Monday, November 26, 2012

Mesyuarat Tri Tahunan

ANULAE Semenanjung Malaysia Cawangan Pasir Gudang yang ditubuhkan hanya baru 4 bulan telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tri Tahunan yang pertama pada 26/11/2012 di Lobby Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.

Pejabat Majlis Perbandaran Pasir Gudang
YBhg. Tuan Hj. Onn bin Jabbar
En. Azih bin Muda
Yang DiPertua bersama Pemimpin ANULAE
Ucapan Perasmina

Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Onn bin Jabbar, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, hadir bersama dimajlis tersebut En. Azih bin Muda, Presiden, En. Adnan bin Mat, Timbalan dan En. Ramli bin Kalil, Setiausaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia.

Taklimat Mesyuarat Agung
Ahli-Ahli yang hadir

Selepas selesai Mesyuarat Agung En. Azih bin Muda selaku Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Timbalan Presiden Cuepacs memberi taklimat mengenai isu-isu semasa tuntuttan Cuepacs mendapat sambutan yang baik.

Mesyuarat di Pengerusikan oleh En. Ramli Kalil
Sumbangan Cederamata
Cederamata Baju dari ANULAE Semenanjung Malaysia

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dalam kempen keanggotaan bersama dengan ANULAE Semenanjung Malaysia yang diketuai oleh En. Pissal bin Abu, Ahli Lembaga Koperasi bersama-sama Pengurus Koperasi dan 3 orang kakitangan serta Syarikat KVK Multimedia  turut menberi taklimat dan penerangan.

Kaunter Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Kaunter KVK Multimedia
Gambar Keselurohan
Pembelian Handfhone
Pinjaman membeli handfhone
Pembelian Handfhone

Friday, November 23, 2012

Wisma Syariah Sallimna

Hari ke 2 tanggal 23/11/2012 selepas sarapan pagi kami terus ke kaunter dan checkout kemudian kami terus menginap di Wisma Syariah Sallimna (Maklumat dari Kawan) terletak di Jl. Subrantas Km 9.5 N. 147 (Depan Ponpes Babusalam) Pekan Baru, Riau, Indonesia.

Lobby Wisma

Kami menaiki teksi ke Wisma Syariah Sallimna lebih kurang dalam 5 Km dari tempat tinggal kami yang pertama, sampai disitu kami terus checkin, saya sekeluarga amat berpuas hati menginap Wisma Syariah kerana keadaan disekelilingnya terutama ada Masjid Babusalam, Rumah Makan dan sepanjang jalan kiri kanan ada jualan pelbagai jenis barangan.

Wisma Syariah Sallimna

Harganya sangat berpatutan terutama orang yang membawa famili atau rombongan, Harga sebilik untuk 2 orang hanya Rp 200.00 (RM 66.00) bagi 3 orang sebilik Rp 275.00 (RM 90.00) manakala untuk 4 orang sebilik hanya Rp 350.00 (RM 130.00). Saya cadangkan sebagai penjimatan baik adanya kawan-kawan yang hendak datang bermalam disini.

Masjid Babusalam

Disebelah petang saya sekeluarga dijemput oleh Keluarga Tuan Hj. Amir dan Hjh. Kalhar melalui anak bongsunya En. Jefri membawa kami ke rumah mereka, sampainya kami disana mereka menyambut dengan penuh mesra dan kami dihidangkan dengan jamuan tengahari, alahai banyaknya jenis lauk yang dimasak. Menu yang dihidangkan tidak banyak berbedza dengan kita di Malaysia semuanya selera kita dan sedap-sedap belaka.

Puan Hjh. Kajhar menyambut tetamu
Makan Tengahari

Selepas makan saya dengan anak lelaki mengikut Tuan Hj. Amir menaiki kereta ke Masjid Al-Huda untuk solat Jumaat, Masjid disana terlalu banyak dan jaraknya dekat-dekat tiada kariah mengikut 1 Taman 1 Kampung  1 Masjid, ianya tidak seperti diMalaysia mengikut Kariah.

Masjid Al-Huda

Bagi isteri saya pula dia juga berpeluang mengikut Puan Hjh. Kalhar ke rumah bisanya dengan program bacaan Yassin dan Ceramah mingguan bagi perkumpulan perempuan, jarak rumah bisanya lebih kurang 2 KM, dihadapan rumah bisanya juga ada sebuah masjid untuk Taman tersebut.

Rumah Bisanya
Majlis Bacaan Yassin
Masjid Al-Ikraam

Selesai majlis bacaan yassin kami dibawa menaiki kereta berjalan-jalan disekitar Kota Pekanbaru kemudian  singgah disebuah komplek membelibelah yang dinamakan Pasar Bawah Pusat Perbelanjaan Wisata, Pekan Baru. Disinilah para pelancong dibawah dihari terakhir mereka nak pulang untuk berbelanja dengan harga murah.

Pasar Bawah
Kediaman Datuk Bandar
Masjid Negeri
Melawat Bandar Pekanbaru

Sunday, November 18, 2012

Pertandingan Lagu Karaoke

Cafe Termilal Feri Kuala Kedah semalam 17/11/2012 telah berjaya mengadakan Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke Tertutup khusus untuk pelanggan-pelanganya yang setia di Cafe tersebut bertempat di Terminal Feri Kuala Kedah, Jalan Kuala Kedah.

Hadiah
Sebahagian dari orang ramai
Pengadil

Pertandingan Suka-Suka ini disertai seramai 30 penyertaan walau pun diakhir hari penutup pada 15/11/2012 kita menerima sebanyak 42 borang namum begitu pihak penganjur bersama pertandingan ini En. Pissal Abu terpaksa menolak lebihan borang pertandingan tersebut walaupun pelbagai rayuan disaat terakhir.

Peserta Lelaki
Peserta Wanita

Tepat jam 9.45 malam pertandingan bermula dan diadili oleh 4 orang pengadil termasok 2 pengadil bagi 2 kategori Persembahan Lelaki dan Wanita terbaik dan Pakaian Lelaki dan Wanita Tercantik. Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah berbentuk barang-barang electrik dari tempat pertama hingga kesepuloh, sementara itu setiap peserta yang mengambil bahagian semuanya mendapat hadiah saguhati sepasang kain shut.

Pakaian Lelaki Tercantik
Pakaian Wanita Tercantik

YBhg. Dato' Lat Shariman Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah merangkap Pegawai Khas  Perdana Menteri Malaysia telah sudi hadir menyampaikan hadiah kepada semua peserta-peserta yang mengambil bahagian. 

Tempat Pertama
Tempat Pertama hingga ke Lima

Pertandingan berakhir pada jam 2.00 pagi.