Monday, November 12, 2012

Lawatan Ke Bali, Indonesia

Kali ini pilihan saya melancong ke Bali, Indonesia Jawa Barat selama 4 hari 3 malam mulai 12-15/11/2012, Penerbangan sebenar mula jam 12.00 tengahari ditunda ke jam 4.00 petang, bila sampai waktu pihak urusetia memangil semua penumpang pesawat airAsia ke Bali menaiki pesawat AK 1364 beratur ke pintu masok.

LCCT Kuala Lumpur
Kedai Roti

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bali memakan masa selama 3 jam, tepat jam 7.10 pesawat kami telah mendarat lebih awal 20 minit di AngkasaPura Bandara Udara International Ngurai Rai Bali seperti yang dijadualkan dan Kepten pesawat mengumumkan waktu Malaysia dengan waktu di Bali sama seperti di Malaysia.

Airport Bali
Peta Bali

Lapangan Terbang di Bali adalah yang terbesar di Negara Indonesia, maka tidak hairanlah kerana ia merupakan tempat pelancongan yang digemari oleh Mat Saleh-Mat Saleh, sebaik sahaja pesawat mendarat seperti biasa saya berjalan menuju ke Imgeresen bersama-sama penumpang yang lain untuk cop pasport dan selepas itu saya terus menuju keluar mengikut arahan yang disediakan, yang bagusnya bahagian penerangan disana meletak pelbagai jenis Peta mengenai Bali didalam rak-rak sepanjang perjalan keluar untuk kemudahan pelancong, keadaan disekeliling luar sudah gelap seperti jam 8.00 malam.

Ke Imegeresen

Kemudian semasa sampai dipintu keluar saya dihampiri seorang pemandu (Pakaian Pemandu) bertanyakan kemana arah tuju dan menawar menaiki teksinya, lantas saya bertanya jika Hotel berdekatan disini tidak jauh dengan airport ada ka tidak, katanya ada dan beliau menawar pada saya dengan harga Rp 100.000 (RM 36.00) untuk menghantar saya ke mana-mana hotel di sekitar Bandara tersebut.

Money Changer
Kaunter Teksi dan Hotel

Selepas itu saya menolak dan terus ke kaunter teksi, bila ditanya oleh kaunter kemana arah tuju saya, saya bilang mau cari hotel di sekitar Bandara maka saya dicaj hanya Rp 50.000 (RM 18.00) sahaja. Maka pemandu tersebut mengambil beg saya dibawa say masuk ke dalam teksinya, kemudian beliau membawa saya terus ke Hotel NU PONDOK 2A lebih kurang tidak sampai 1 km dari airport.

Hotel
Checkin

Sampai diHotel teksi berhenti pekerja terus mengambil beg saya sementara itu saya buat chekcin dengan bertanya masih ada kamar lagikah, katanya ada saya bertanya berapa harga kamar 1 malam katanya Rp 350.000 (RM 126.00) maka mau tidak mau saya terus mengambil selama 3 malam termasok sarapan pagi.

Bilik Hotel

Sebelum bertolak ke Bali ramai kawan-kawan bagi tahu dan nasihat supaya saya membawa banyak maggi kerana makan disana katanya susah, maka saya bertekad sekiranya susah sangat nak dapat makan baik saya makan buah-buahan sahajalah niat didalam hati. Rupanya kata-kata mereka melesek sekali disebelah hotel saya menginap ada Rumah Makan (Kedai Makan) muslim ada pelbagai jenis masakan termasok nasi padang dan ada lambang Allah Muhamad tergantong dikaunter bayaran dan pintu masok, didalam kedai tersebut orang ramai dan banyak orang Malaysia Islam sedang makan disitu. Legaaaaa rassaaanya.

Gerai kecil dihadapan Hotel (Muslim Food)
Perjalanan ke Bali

No comments:

Post a Comment