J/Kuasa 3P telah berjaya mengadakan program wargakerja bersama dengan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 30/11/2012 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin, Tingkat 1, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di KM 12 Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.
En. Azih bin Muda sedang meberi ceramah
Perjumpaan ini diadakan 3 bulan sekali mengikut keadaan semasa, dalam perjumpaan ini En. Azih bin Muda selaku Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad menasihati semua wargakerja supaya bekerja dengan penuh berdisipilin dan beri servis yang terbaik kepada semua ahli-ahli.
Wargakerja yang hadir
Disebelah petang selepas solat jumaat diteruskan dengan mesyuarat 3P yang dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu, semua Jawatankuasa hadir didlam mesyuarat tersebut. Mesyuarat juga telah membincang dengan panjang lebar dan susun atur acara Seminar Sehari Zon Timur pada 8/12/2012 di Kota Bharu, Kelantan.
Mesyuarat 3P
Mesyuarat juga memutuskan menganjur lawatan ke 5 destinasi untuk mulai bulan 12 hingga Mac 2013 untuk pilihan ahli-ahli iaitu Hon Chin Min (Vietnam), Phnompenh (Combodia), Beijing (Cina), Medan (Indonesia) dan UMRAH & Ziarah. Pinjaman dikeluarkan 100% dari Koperasi untuk ahli-ahli Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.
No comments:
Post a Comment