Hari ke 2 tanggal 23/11/2012 selepas sarapan pagi kami terus ke kaunter dan checkout kemudian kami terus menginap di Wisma Syariah Sallimna (Maklumat dari Kawan) terletak di Jl. Subrantas Km 9.5 N. 147 (Depan Ponpes Babusalam) Pekan Baru, Riau, Indonesia.
Lobby Wisma
Kami menaiki teksi ke Wisma Syariah Sallimna lebih kurang dalam 5 Km dari tempat tinggal kami yang pertama, sampai disitu kami terus checkin, saya sekeluarga amat berpuas hati menginap Wisma Syariah kerana keadaan disekelilingnya terutama ada Masjid Babusalam, Rumah Makan dan sepanjang jalan kiri kanan ada jualan pelbagai jenis barangan.
Wisma Syariah Sallimna
Harganya sangat berpatutan terutama orang yang membawa famili atau rombongan, Harga sebilik untuk 2 orang hanya Rp 200.00 (RM 66.00) bagi 3 orang sebilik Rp 275.00 (RM 90.00) manakala untuk 4 orang sebilik hanya Rp 350.00 (RM 130.00). Saya cadangkan sebagai penjimatan baik adanya kawan-kawan yang hendak datang bermalam disini.
Masjid Babusalam
Disebelah petang saya sekeluarga dijemput oleh Keluarga Tuan Hj. Amir dan Hjh. Kalhar melalui anak bongsunya En. Jefri membawa kami ke rumah mereka, sampainya kami disana mereka menyambut dengan penuh mesra dan kami dihidangkan dengan jamuan tengahari, alahai banyaknya jenis lauk yang dimasak. Menu yang dihidangkan tidak banyak berbedza dengan kita di Malaysia semuanya selera kita dan sedap-sedap belaka.
Selepas makan saya dengan anak lelaki mengikut Tuan Hj. Amir menaiki kereta ke Masjid Al-Huda untuk solat Jumaat, Masjid disana terlalu banyak dan jaraknya dekat-dekat tiada kariah mengikut 1 Taman 1 Kampung 1 Masjid, ianya tidak seperti diMalaysia mengikut Kariah.
Puan Hjh. Kajhar menyambut tetamu
Makan Tengahari
Masjid Al-Huda
Bagi isteri saya pula dia juga berpeluang mengikut Puan Hjh. Kalhar ke rumah bisanya dengan program bacaan Yassin dan Ceramah mingguan bagi perkumpulan perempuan, jarak rumah bisanya lebih kurang 2 KM, dihadapan rumah bisanya juga ada sebuah masjid untuk Taman tersebut.
Selesai majlis bacaan yassin kami dibawa menaiki kereta berjalan-jalan disekitar Kota Pekanbaru kemudian singgah disebuah komplek membelibelah yang dinamakan Pasar Bawah Pusat Perbelanjaan Wisata, Pekan Baru. Disinilah para pelancong dibawah dihari terakhir mereka nak pulang untuk berbelanja dengan harga murah.
Rumah Bisanya
Majlis Bacaan Yassin
Masjid Al-Ikraam
Pasar Bawah
Kediaman Datuk Bandar
Masjid Negeri
Melawat Bandar Pekanbaru
No comments:
Post a Comment