Wednesday, November 14, 2012

Kunta, Bandara

Hari pertama sampai di Kunta, Bandara sudah malam setelah checkin saya mandi dan solat selepas itu turun ke bawah dan keluar dari hotel terus ke kedai dihadapan hotel untuk makan malam, disitu ada menjual pelbagai jenis makanan termasok sate kambing, lembu dan ayam, begitu juga pelbagai jenis minuman.

Motor Sewa

Keesokan hari 13/11/2012 disebelah pagi selepas sarapan saya menyewa motor hotel dengan kadar Rp 50.000 (RM 18.00) sehari tempoh 24 jam saya terus menunggang motor mengikut tunjuk arah papan tanda, pertama saya pergi ketepi pantai bersebelahan hotel tempat tinggal saya.

Sarapan Pagi

Pantai ini ramai dengan peniaga yang berniaga pelbagai jenis pakaian serta cederamata, disitu juga mempeunyai penguasa sampan, bot dan ski untuk disewa kepada orang ramai terutama mat-mat saleh adalah pelanggan mereka yang suka berenang.

Sampan

Selepas berada ditepi pantai selama lebih kurang 30 minit saya menaiki motor melalui Jalan Pantai Legion dengan melihat banyaknya hotel-hotel besar bertaraf 5 bintang yang ada disitu termasok restoran-restoran terbuka dan pelanggan-pelanggan mereka adalah mat saleh, selain dari mat saleh ramai juga orang-orang kita termasok orang-orang tempatan yang ada disitu.

Hotel bertaraf 5 bintang
Gambar Hotel & Chandi

Sampai dipenghujung Pantai Legion disitu ada Changgi yang besar tempat ibadat orang-orang disitu, lalu saya pusing kekanan terus menuju ke Tanah Lot (Nama Tempat) Daerah Badung, jarak jauh Badung ke  ke Kunta, Bandara 45 KM.  Sepanjang perjalanan ke Tanah Lot kiri kanan cukup banyak bangunan-bangunan perniagaan termasok chandi-chandi sama ada kecil atau besar.

Sempadan Kunta Bandara dengan Daerah Badung

Tengahari saya pulang ke hotel mandi solat dan tidur untuk mendapatkan semula tenaga, disebelah petang lebih kurang jam 5.00 saya menaiki motor menuju ke Airport terus ke kaunter AirAsia untuk mengambil intenary perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada 15/11/2012. Setelah selesai saya terus menunggang  motor mengikut jalan besar menuju ke Daerah Badung sekali lagi disepanjang jalan terdapat kedai-kedai yang menjual Cederamata dari Bali dan banyak Bas Pariwisata ada disitu.


Kedai Cederamata

Bila sampai waktu malam saya berpatah balik ke hotel melalui Jalan Pantai Legion untuk melihat suasana waktu malam, Wauuu suasana disitu tidak ubah sebiji seperti PHUKET ramai pelancong mat saleh keluar bersama famili atau berpasangan berjalan-jalan menuju ke tempat shoping, restoran dan ada yang menuju ke Pantai. Suasana di Pantai Legion waaaauuuu begitu ramainya manusia dan pelbagai ragam jinis manusia.

Salah satu restoran terbuka
Komplek membeli belah
Suasana Malam

Setelah selesai melihat suasana malam dengan pelbagai aktiviti orang-orang tempatan dan penat sudah terasa saya terus menaiki motor balik ke hotel dan sampai di hotel jam 12.30 malam lalu terus ke bilik.

No comments:

Post a Comment