Tuesday, May 31, 2011

Lawatan Ke Sangkar Ternakan Ikan

Setelah sekian lama Projek Ikan dalam Sangkar di Tebing Kota Klasik dilaksanakan, Hari ini En. Pissal Abu Pengerusi Pemantauan Ternakan Ikan Air Tawar, mengadakan lawatan mengejut ketapak tersebut pada 31 Mei 2011 jam 12.00 tengahari, bertempat di Tebing Kota Klasik, Kuala Kangsar, Perak.

En. Pissal Abu, ALK Pengerusi Pemantauan
Pandangan dari jauh

Tujuan lawatan bagi melihat apa jua aktiviti yang berlaku disana serta memeriksa sangkar-sangkar dan alatan-alatan seperti jaring ikan dan kebersihan disekitar kolam tersebut.

Gambar Jaring-jaring diatas Besi

Keadaan sangkar seperti biasa didalam keadaan baik manakala  jaring ikan didapati ada banyak yang telah reput kerana begitu lama berendam didalam air.

Ikan Talapian yang sudah besar
Ikan Talapia yang mati

Keadaaan Ikan-ikan yang segar dan besar boleh mengundang berlakuya kecurian setiap hari jika pemantauan  dibuat dan sentiasa berada di pelantar tentu ianya dapat menghalang berlakunya seberang kecurian.

Monday, May 30, 2011

Kitar Semula Di Perlis

Tarikh yang dipilih oleh pihak Pengerusan di Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan setelah mendapat persetujuan dari environment IDAMAN Sdn Bhd telah diadakan pada hari ini 30 Mei 2011 Hari Isnin jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Kawasan Lapang tempat letak kereta didalam kawasan Jabatan Persekutuan, Kangar, Perlis.

Kaunter Jualan dibuka
En. Pissal Abu sedang mencatit sesuatu

Sebaik sahaja pada jam 9.00 pagi kaunter dibuka buat pertama kalinya Pekerja-pekerja Cleaner disitu membawa keluar dengan banyaknya barang-barang untuk dikitar dan mendahului lain-lain jabatan dan orang persaorangan.

Syarikat Cleaner
Jabatan MKN

Kali ini banyak barang-barang yang dibawa dengan kereta sendiri dari rumah kakitangan khusus untuk dikitar semula termasok Van-van Jabatan. Sambutan hari ini amat mengalakan serta meningkat dari bulan yang sudah.


Penjualan hari ini sebanyak RM 233.07 melebihi dari bulan lepas sebanyak RM 170.61 hasil tersebut diserahkan oleh En. Pissal Abu kepada Wakil Pihak Pengerusan Bangunan Kerajaan Persekutuan untuk diagih-agihkan kepada mereka-mereka yang terlibat didalam kitar semula.

En. Pissal sedang mengira dengan diperhatikan oleh
Pegawai PPSPPA & Wakil Pengerusan
Penyerahan wang dari En Pissal kepada Wakil Pihak Pengerusan
Jabatan Kerajaan Perseketuan disaksikan oleh Pegawai PPSPPA Perlis

Setelah environment IDAMAN berbincang dengan wakil Pihak Pengerusan serta mendapat persetujuan dari Pegawai PPSPPA Negeri Perlis maka tarikh yang akan datang jatuh pada hari Khamis minggu ke 3 setiap bulan.

Kitar Semula Di Wisma Darul Aman

Program Kitar Semula di Wisma berjalan seperti biasa dan minggu ini merupakan minggu ke 3 bagi bulan Mei 2011 yang diadakan pada 29 Mei 2011 hari Ahad bertempat dihadapan GYM, Wisma Darul Aman Alor Setar, Kedah.


Lori 3R
Barang-barang yang dikumpul

Seperti biasa setelah kaunter dibuka Syarikat Hawa mendahului lain-lain dengan membawa keluar barang-barang kitar semula melebihi dari lain-lain Jabatan yang ada di Wisma Darul Aman.

Pekerja Syarikat Hawa
Barang-barang yang dibawa turun

Semasa penimbangan dibuat oleh environment IDAMAN Sdn Bhd dipantau oleh Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Perumahan Kerajaan Tempatan, Negeri Kedah.

Barang-barang ditimbang
Bergambar setelah selesai

Diakhir penutup pada jam 12.00 tengahari hasil dari pembelian barang-barang yang dikitar adalah sebanyak RM 354.00.

Barang-barang dibawa ke kedai kitar semula
Pembayaran Tunai


Melawat Gerai Anggota Koperasi

Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad En. Aziz bin Muda bersama-sama dengan beberapa orang Ahli Lembaga Koperasi telah mengadakan lawatan ke Gerai tersebut pada 27 Mei 2011 jam 4.00 petang Hari Sabtu bertempat di Starwalk Jalan Tunku Ibrahim Alor Setar, Kedah.

En. Azih bin Muda

Anggota Koperasi KOSPETA yang berjaya dalam perniagaannya En. Sobri bin Kassim memulakan perniagaannya dari sudut corner ke Starwalk yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim adalah bekas pekerja MBAS dan environment IDAMAN Sdn Bhd seperti dipaparkan didalam berita bergambar siri pertama dan kedua keluaran khas sempena mesyuarat agung kawasan.

En. Sobri Kassim sedang berbual dengan En. Azih Muda

Perjumpaan pada hari tersebut selain mendekati anggota banyak perkara dibincangkan dari segi penambahbaikan serta memberi peransang, membimbing anggota tersebut ke arah yang lebih maju dan cemerlang.

 ALK Sedang Minum

Saturday, May 28, 2011

Mesyuarat Koperasi KOSPETA MBAS

Mesyuarat Agong Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar telah dijalan serentak dengan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan ANULAE Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah Utara pada 28 Mei 2011 hari Sabtu jam 9.00 pagi di Pekarangan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Kolam Air. Alor Setar, Kedah.

Kain Rentang
Pejabat MBAS
Pendaftaran Peserta
En. Azih bin Muda Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Timbalan Presiden Cueapac dan Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah merasmikan kedua-dua mesyuarat tersebut. Pegawai Kanan Anulae yang turut hadir En Adnan bin Mat selaku Timbalan Presiden ANULAE merangkap Pengerusi Mjlis Bersama Kebangsaan Sain & Teknilogi dan Ahli Lembaga Kopersi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Aziz bin Muda Preseiden ANULAE Sem. Malaysia
merangkap Timbalan Presiden Cueapac

Seramai 295 orang Ahli Koperasi menghadiri mesyuarat tersebut En. Ahmad Letfi Saad Pengerusi Anulae Cawangan dan juga Pengerusi Koperasi KOSPETA Kawasan mendahului Ucapan dan diIkuti ucapan dari En Pissal bin Abu sebagai mantan Setiausaha Agong Anulae Kedah Utara dan Naib Presiedn 1 Anulae Semenanjung Malaysia.

En. Ahmad Lefti Saad Pengerusi Kedah Utara

En. Pissal Abu Mantan Naib Presiden 1 ANULAE
merangkap Ahli Lembaga Koperasi

En. Pissal Abu didalam ucapanya mengucapkan tahniah pada Anulae Cawangan yang berjaya mengadakan mesyuarat agong serentak pada pagi ini dan beliau menyarankan supaya perbanyakan keahlian didalam Kesatuan Sekerja untuk membela dan memperjuangkan nasib pekerja.

Mesyuarat sedang dijalankan
Perwakilan Wanita
Sebahagian dari Perwakilan
Ku Jamaluddin dari Kawasan Langkawi menerima
Cek Dermasiswa ANULAE
En. Azih Muda Menerima Cederamata

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 12.00 tengahari, semua yang hadir mendapat elaun kehadirin mesyuarat RM 30.00 setiap seorang manakala ANULAE Kdah Utara membayar RM 20.00 juga setiap seorang. Purata pada hari itu Perwakilan mendapat RM 50.00 setiap seorang.

En. Aziz bin Muda sedang membayar elaun kepada
Perwakilan

Syarikat KVK Multimedia Pembekal dan Penjual alat-alat electrik, Handfhone dan sebagainya juga tidak ketinggalan bersama-sama mengadakan pameran terbuka disamping berkempen penambahan keahlian Koperasi serta menjual barang-barang tersebut secara pemotongan gaji.

En. Kalai tuan punya pameran barangan bergambar
bersama En. Azih dan En. Pissal
Anggota sedang melihat barang-barang jualan
Menghantar barang-barang yang sudah dibeli




Thursday, May 26, 2011

Kitar Semula di Sik

Seperti biasa setiap hari khamis hujung bulan tarikhnya yang ditetapkan pada 26 Mei 2011 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Anjung Pejabat Majlis Daerah Sik, Sik, Kedah.

En Pissal bersama Peg PPSPPA Sik

Kaunter pembelian barang-barang kitar semula bermula pada jam 9.00 pagi sebaik sahaja kaunter dibuka ramai kakitangan sudah bersiap sedia dengan membawa barang-barang dari rumah untuk menyertai program kitar semula.

Barang-barang yang ditimbang
Barang dari Rumah

Majlis Daerah Sik mendahului lain-lain jabatan dengan membawa banyak barang-barang untuk dikitar  manakala Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Daerah buat pertama kali menyertai program ini.

Semak sebelum dikitar

Hasil pembeliah hari ini sebanyak RM 563.63.

Penyerahan Wang kepada Peg Akaun M.D. Sik

Tepat jam 12.00 kami terus pergi ke Pejabat PPSPPA di Guar Cempedak yang terletak setinggi 3 tingkat untuk mengambil barang-barang untuk dikitar. Barang-barang yang dikumpul ditimbang dan kemudian beramai-ramai membawa turun barang-barang tersebut ke Lori yang sudah menunggu dibawah.

Pejabat PPSPPA Guar Cempedak
Kertas sedang ditimbang
Kertas sedang diangkat ke dalam lori
Wakil PPSPPA sedang mengira jumlah pendapatan
Hasil pembelian bagi pertama kali PPSPPA Guar Cempedak sebanyak RM 100.70.

En Pissal menyerah wang tunai kepada wakil PPSPPA