Setelah sekian lama Projek Ikan dalam Sangkar di Tebing Kota Klasik dilaksanakan, Hari ini En. Pissal Abu Pengerusi Pemantauan Ternakan Ikan Air Tawar, mengadakan lawatan mengejut ketapak tersebut pada 31 Mei 2011 jam 12.00 tengahari, bertempat di Tebing Kota Klasik, Kuala Kangsar, Perak.
En. Pissal Abu, ALK Pengerusi Pemantauan
Tujuan lawatan bagi melihat apa jua aktiviti yang berlaku disana serta memeriksa sangkar-sangkar dan alatan-alatan seperti jaring ikan dan kebersihan disekitar kolam tersebut.
Gambar Jaring-jaring diatas Besi
Keadaan sangkar seperti biasa didalam keadaan baik manakala jaring ikan didapati ada banyak yang telah reput kerana begitu lama berendam didalam air.
Keadaaan Ikan-ikan yang segar dan besar boleh mengundang berlakuya kecurian setiap hari jika pemantauan dibuat dan sentiasa berada di pelantar tentu ianya dapat menghalang berlakunya seberang kecurian.
No comments:
Post a Comment