Hari kedua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah sampai tapak Karnival pada jam 7.00 pagi bagi menyertai Senamrobik,
Sebaik sahaja selesai acara senamrobik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah membuat Perlepasan Larian Bendang kepada peserta-peserta Vip Senior, Vip Junior, Penuntut Sekolah Menengah dan Rendah serta peserta-peserta persaorangan.
Melawat Gerai Makanan
Tuanku Sedang Beserapan Pagi
Selepas santapan pagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah didalam lawatan ke Gerai-geerai makan Tuanku Sultan Kedah singgah Gerai anakdanya Dato' Seri Tunku Puteri Intas Syafinas, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah untuk merasai kenikmatan Ais Kacang.
Dalam lawatan ke Gerai Fama Tuanku Sultan diiberi taklimat mengenai Madu Lebah dan Buah-buahan tempatan serta cara-cara proses mengupas buah nanas mengunakan misin sehingga Tuanku Sultan sendiri minat mencubanya.
Selepas itu Tuanku Sultan dibawa ke Gelangang Motorsport menyaksikan pertunjukan Drift Kereta, Go-kart dan Motor Cross.
Tepat jam 12.00 tengahari Tuanku Sultan Kedah dibawa balik ke Pentas untuk acara Persembahan Pentas, Lelongan Amal, Panyampaian Hadiah kepada Pemenang Acara Larian Bendang dan Walkathon serta Penyampaian Raplika Cek Sumbangan Hari Penyayang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'Azam Shah Ibni Alamarhum Sultan Badlishah dan Tuanku Sultanah Kedah berangkat pulang pada jam 1.00 tengahari.
Pertunjukan Kereta Mewah
Pertunjuk Go-Kart
Pertunjukan Kereta
Pertunjuk Motor
Tuanku Sultan sedang menguji
Tuanku Sultanah Kedah sedang mencuba
Tuanku Sultan dan Sultanah diatas pentas
Ceo bersama Dato' Ahmad Bashah Hanifah
No comments:
Post a Comment