Saturday, May 21, 2011

Program Gotong Royong

Program Gotong Royong Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Kubang Pasu 2011 anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar, Parlimen Kubang Pasu dan JKKKP Perumahan Awam pada 21 Mei 2011 di Padang Permainan Perumahan Awam, Tanah Merah, Jitra, Kedah.


Sebelum majlis perasmian disebelah pagi diadakan senamrobik selepas itu ceramah oleh Jabatan Kesihatan dan diikuti ceramah dari environment IDAMAN Sdn Bhd yang disampaikan oleh En. Pissal Abu mengenai Pembersihan Awam dan Kitar Semula.

En. Pissal Abu sedang menyampaikan ceramah
Sebahagian yang hadir
Video Senamrobik dan Gtg. Royong
Senamrobik bersama Penduduk Taman
Sebahagian dari kakitangan PPSPPA

Selain dari gotong royong, program hari tersebut diadakan pameran dari ajensi kerajaan dan swasta termasok environment IDAMAN Sdn Bhd dan Indah Water serta Program Sekolah Bistari hanya kepada 4 buah sekolah yang terpilih. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Pelawat mengunjung Gerai environment IDAMAN Sdn Bhd

environment IDAMAN Sdn Bhd membuka kaunter aduan bergerak serta membuka kaunter pembelian barang kitar semula. Penyertaan dari orang ramai terutama kanak-kanak mendapat sambutan dan kerjasama yang amat baik. Selesai sahaja acara menimbang peserta-peserta yang mendapat kutipan sampah yang terbanyak seramai 10 orang telah diberi hadiah, juga barang-barang kitar semula ditimbang dan dibayar secara tunai dihari tersebut.

Kaunter aduan dan Jualan Barang Kitar Semula
Barang kitar semula sedang ditimbang
Bayaran wang tunai kepada peserta kitar semula
Video Kitar Semula

Jabatan-jabatan yang terlibat menyertai program tersebut dan pameran selain dari environment IDAMAN Sdn Bhd, Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Anti Dadah Kebangsaan, Polis, Bomba, Jabatan Kesihatan dan Indah Water Konsortium (IWK).

Sebahagian dari Gerai Pameran
Gerai Pameran ADK & IWK

Majlis penyampaian hadiah pertandingan menangkap jentik-jentik dan kutipan sampah terbanyak serta cabutan bertuah disampaikan oleh wakil-wakil Jabatan, YB. Dato' Saad bin Man, Adun Jitra dan YB Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.

YB Dato' Wira Mohd. Johari Baharum berucap
Pemenang Sampah terbanyak
Cik Azlinda Ariffin menyampaikan hadiah pada 
pemenang cabutan bertuah dari PPSPPA

No comments:

Post a Comment