Wednesday, May 4, 2011

Program Kitar Semula di Kangar

Hari pertama environment IDAMAN Sdn Bhd telah mengadakan kutipan barang-barang kitar semula di Pejabat Kerajaan Persekutuan pada 3 Mei 2011 bertempat Tempat Letak Kereta, Bangunan Kerajaan Persekutuan, Kangar, Perlis.


Sebanyak 5 Jabatan yang terlibat iaitu Unit Perancang Perlis, Penasihat Undang-Undang, Perumahan, ADK, dan Pentadbiran Daerah serta syarikat Cleaner telah menghantar barang masing-masing untuk dikitar semula, hadir bersama Pegawai dari PPSPPA Cawangan Perlis sebagai pegawai pemantauan.

En. Pissal Abu sedang mencatit
Barang sedang ditimbang
Barang dibawa dari rumah

Jumlah berat yang dapat dikutip pada hari tersebut sebanyak 476 kilo dengan nilai RM 172.40. Sebaik sahaja selesai membuat kiraan, En. Pissal Abu terus membuat pembayaran kepada wakil Jabatan dengan nilai RM 170.61.

Barang yang dikumpul
En. Pissal Abu menyerahkan wang kepada wakil

No comments:

Post a Comment