Seperti biasa setiap hari khamis hujung bulan tarikhnya yang ditetapkan pada 26 Mei 2011 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Anjung Pejabat Majlis Daerah Sik, Sik, Kedah.
Kaunter pembelian barang-barang kitar semula bermula pada jam 9.00 pagi sebaik sahaja kaunter dibuka ramai kakitangan sudah bersiap sedia dengan membawa barang-barang dari rumah untuk menyertai program kitar semula.
Majlis Daerah Sik mendahului lain-lain jabatan dengan membawa banyak barang-barang untuk dikitar manakala Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Daerah buat pertama kali menyertai program ini.
Hasil pembeliah hari ini sebanyak RM 563.63.
Penyerahan Wang kepada Peg Akaun M.D. Sik
Tepat jam 12.00 kami terus pergi ke Pejabat PPSPPA di Guar Cempedak yang terletak setinggi 3 tingkat untuk mengambil barang-barang untuk dikitar. Barang-barang yang dikumpul ditimbang dan kemudian beramai-ramai membawa turun barang-barang tersebut ke Lori yang sudah menunggu dibawah.
Pejabat PPSPPA Guar Cempedak
Kertas sedang ditimbang
Kertas sedang diangkat ke dalam lori
Wakil PPSPPA sedang mengira jumlah pendapatan
Kertas sedang diangkat ke dalam lori
Wakil PPSPPA sedang mengira jumlah pendapatan
Hasil pembelian bagi pertama kali PPSPPA Guar Cempedak sebanyak RM 100.70.
No comments:
Post a Comment