Sunday, August 28, 2011

3R Wisma Darull Aman

Minggu ke 3 hari ini 28 August 2011 bagi mengantikan minggu ke 2 jatuh pada 21 August 2011 program pada hari tersebut dibatalkan kerana Pejabat SUK mengadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada orang-orang tua yang disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Pekerja Syarikat Hawa

Kutipan 3R kali ini diadakan dalam suasana berpuasa dan hampir dengan hari raya aidilfitri tak banyak Jabatan- Jabatan Kerajaan terlibat, seperti biasa di monopoli oleh 2 syarikat satu dari Juta satu lagi dari Hawa. 

Kakitangan Bahagian Jabatan Kewangan
Pegawai PPSPPA sedang menimbang

Penimbangan berjalan seperti biasa yang mana Pegawai-pegawai dari PPSPPA Cik Intan, Cik Wan serta En. Budin turut membantu dan memantau semasa dijalankan penimbangan. Manakala En. Pissal Abu Officer bersama 3 pekerja mewakili syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd.

En. Pissal Abu sedang menimbang
Penyerahan wang
Gambar keselurohan 3R

Hasil kutipan kertas seberat 1,195 kg, Botol Plastik 29 kg, Alumaniam 5.5 kg, Tin 21 kg dan Logam 9 kg sebanyak RM 464.09.  


Saturday, August 27, 2011

Lawatan Ke Sangkar Ternakan Ikan

Setelah sekian lama tidak melawat tapak ikan di Kuala Kangsar saya ditemani anak pergi pada 26 August 2011 untuk tujuan melawat tapak ikan dan menziarahi isteri Hj. Faizi yang sakit.


Sesampainya saya ditapak ikan dalam sangkar didapati Pak Yusof pekerja yang digajikan oleh Koperasi sedang membuang tembeling yang terlekat disangkar.  Saya turun ke sangkar melihat saki baki ikan yang ada didalam sangkar.



Ikan baru belum lagi dimasukan sehingga menunggu ikan lama dihabiskan, setelah diperiksa ikan patin hanya sedikit saja lagi manakala ikan talapia masih ada dalam lingkungan 600 ke 700 ekor. Ikan talapia yang besar di asingkan ianya cukup untuk kegunaan restoran yang ada disitu. 


Selepas melawat sangkar saya bersama isteri terus ke rumah Haji Faizi yang tidak jauh dari kawasan sangkar ikan, kebetulan kami sampai Haji Faizi tidak ada dirumah beliau ada di Kuala Lumpur namum begitu isteri saya dapat berbual dengan Kak Hajjah.



Kami dipelawa berbuka puasa dirumahnya namum begitu kami menolak kerana sebelum datang kami sudah tempah ikan bakar bersama tomyam untuk berbuka puasa di restorang d tebing yang ada dikawasan tersebut.


Semasa perjalanan pulang ke Alor Setar jam 9 malam dalam keadaan hujan kereta banyak maklumlah orang-orang dari KL pulang berhari raya dirumah jadi kami perlu berhati-hati alhamdullilah sepanjang perjalanan balik kami selamat walaupun ada 2 tempat berlaku kemalangan jalan raya, kami sampai ke rumah jam 11.30 malam.

Wednesday, August 24, 2011

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Bandaraya Alor Setar mengadakan majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim disekitar Bandaraya Alor Setar termasok anak-anak bekas pekerja pada 24 August 2011 hari Rabu, jam 7.00 malam bertempat di Dewan Besar, MBAS Tingkat 7 Menara Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.



Program ini diada bersama dengan environment IDAMAN Sdn Bhd dan Maggi, diantara tetamu yang hadir selain dari YBhg. Dato' Noh bin Ahmad Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, En. Mohd. Fisol Setiausaha Majlis, Penolong Setiausaha, En. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif, environment IDAMAN Sdn Bhd dan Pengurus Syarikat Maggi juga termasik Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan Mediamasa.

Video Penyampaian Duit Raya

Sebelum majlis berbuka puasa diadakan majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dari Datuk Bandar dan En. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal kepada kanak-kanak tersebut., seramai 120 orang anak-anak yatim yang hadir.

Gambar Keselurohan

Selepas berbuka puasa disambung pula dengan sembahyang maghrib berjemaah di dalam dewan tersebut bersebelahan dengan tempat jamuan. 

Malaysia Book Of Record

Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Kedah telah mengadakan Taklimat mengenai Malaysia Book Of Record khusus untuk Pengumpulan Kertas dan Pelbagai Jenis Bahan Kitar Semula dalam masa 8 jam pada 24 August 2011 hari Rabu jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat PPSPPA Tingkat 13 Menara MBAS, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.


Program bersama dengan Kementerian Pendidikan diadakan khas untuk Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Puan Fadzillah bte Hassan, Pengarah Perbandanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), turut hadir Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah di Negeri Kedah.

Pn. Fadzillah Hassan sedang mempengerusikan majlis
En. Pissal Abu dari environment IDAMAN Sdn Bhd
Sebahagian yang hadir
Pengetua dan Guru Besar

Environment IDAMAN Sdn Bhd sebagai vendor juga dijemput bersama menghadiri mesyuarat ini serta turut memberi penerangan mengenai program kitar semula yang sedang berjalan dalam masa terkini. environment IDAMAN diwakili oleh En. Pissal Abu bersama dengan rakannya En. Mohd. Pais dan En. Hambali.

En. Mohd Pais dan En. Hambali

Tarikh yang dicadangkan untuk Program Malaysia Book Of Record bagi sekolah-sekolah akan diadakan pada 22 Oktober 2011 hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi diSeluroh Semenanjung Malaysia.

Staff PPSPPA

Tuesday, August 23, 2011

Program 3R Di Sek, Kbg Tok Jalai

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tok Jalai Khusus untuk Anak-anak Angkatan Tentera mengadakan program kitar semula hari ini 23 August 2011, hari Selasa jam 8.30 pagi bertempat di tempat perhimpunan pagi di kawasan Sekolah Kebangsaan Tok Jalai, Jitra kedah. 


Setelah 2 kali ceramah berasingan diadakan dari PPSPPA dan environment IDAMAN Sdn Bhd melalui ceramah motivasi yang telah diadakan bulan lepas di Home Stay Mada, nyata sudah pelajar-pelajar memahaminya bertapa pentingnya program kitar semula diadakan bagi tujuan disamping menambah pendapatan kepada sekolah ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan sampah.

Dari Pusat Sumber
Bersedia untuk mengikut giliran

Untuk kali pertama 3R diadakan hari ini mendapat sambutan dari Guru Besar sendiri serta lain-lain Guru termasok Pelajar-pelajar. Kutipan hari ini  melabihi dari lain-lain sekolah Kebangsaan yang mana menyaksikan kertas yang dikumpul pagi ini sebanyak 1,707 kg, Botol Plastik 118 kg, Tin Alumaniam 16.5 kg, Tin Susu 112.5 kg, Besi 20 kg dan Petrapad 1 kg mencecah kepada RM 720.38.   

En. Pissal sedang mencatit berat timbangan
Mengangkat barangan ke dalam lori

Seperti biasa kerja-kerja penimbangan dijalankan bersama PPSPPA dengan environment IDAMAN Sdn Bhd.  PPSPPA diketuai Cik Nur Fizatulakma dengan dibantu seramai 3 orang rakanya. Manakala En. Pissal Abu bersama 3 orang pekerja mewakili environment IDAMAN Sdn Bhd.

Muatan barang 3R
Bergambar bersama Guru Besar Sekolah
Video Kitar Semula

Monday, August 22, 2011

Program 3R Di Sek. Men. Convent

Kali ke 2 SMK Convent mengadakan pengumpulan barang-barang kitar semula dan hari ini 22 August 2011, hari Isnin jam 8.30 pagi telah diadakan di hadapan pentas perhimpunan pagi Sekolah Menengah Convent, Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah.


Pada kali ini penglibatan pelajar-pelajar tahun 1, 2 dan 3 sahaja dengan diperhatikan oleh 2 orang guru pengawas yang terlibat secara terus dalam program 3R di sekolah tersebut.




Seperti biasa environment IDAMAN bersama PPSPPA dengan di perhatikan oleh guru pengawas membuat timbangan setiap barangan yang dikumpulkan. Kali ini menyaksikan kertas lebih banyak daripada barang-barang lain.




Video Kitar Semula

Hasil keselurohan setelah di timbang berjumlah RM 386.00 sahaja.

Sunday, August 21, 2011

Hamper Aidil Fitri

KVK salah satu vendor pembekal alat-alat letrik kepada Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menyampaikan sebanyak 30 hamper melalui wakil kawasan Alor Setar untuk di beri kepada pekerja-pekerja pada 21 August 2011 hari Ahad, bertempat di Pejabat Syarikat Urusniaga Wilayah Utara Alor Setar, Kedah.

En. Pissal Abu menerima hamper dari En. Kalai
En. Mohd. Parizan Pengerusi Koperasi KOSPETA kawasan
environment IDAMAN Alor Setar di Pejabat Koperasi

En. Pissal Abu mewakili Koperasi KOSPETA Kawasan Alor Setar menerima hamper dari Pengurus Syarikat KVK En. Kalai sebanyak 30 unit untuk diedarkan kepada Pekerja-pekerja terpilih di Alor Setar. Turut mendapat hamper dan duit raya 2 kerani dari Koperasi KOSPETA dan Syarikat KVK. 

Kerani Koperasi KOSPETA
Kerani Pejabat Koperasi KOSPETA
Kerani Syarikat KVK di Pejabat KVK

Pejabat urusniaga wilayah utara Kopeerasi KOSPETA Malaysia Berhad terletak di Komplek MBAS, manakala Kedai KVK bersebelahan dengan Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Jalan Kolam Air, Alor Setar, Kedah.

En. Ahmad Letfi Pengerusi Kawasan MBAS
Salah seorang pelanggan menerima hamper
Dua orang pekerja menerima hamper

Thursday, August 18, 2011

Program 3R di Perlis

Program 3R di Perlis khusus untuk Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Perlis diadakan setiap bulan minggu ke 3 pada 18 August 2011 jam 8.00 pagi bertempat di-Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis. 

Barang yang dihimpun
Pekerja Cleaner
`
Pegawai Environment IDAMAN Sdn Bhd En. Pissal Abu bersama PPSPPA Negeri Perlis yang diketuai oleh En. Suderman serta rakan-rakanya dan juga Pegawai yang bertangung jawab En. Ubaidah sebagai pemantau bersama dalam program ini.

Pemeriksaan barang

Seperti biasa bahagian cleaner mendahului lain-lain Jabatan dengan banyaknya membawa turun barang-barang kitar semula khususnya kertas setelah ditimbang beratnya 616 Kg . Keselurohan pada hari tersebut Kertas dapat dikumpul seberat 789 Kg, Botol Plastik 7.5 Kg Tin/Besi 8 Kg.

Barang ditimbang

En. Pissal Abu membuat penyerahan duit kepada En. Ubaidah Pegawai yang mewakili Jabatan Kerajaan Negeri Perlis dengan disaksikan oleh Pegawai dari PPSPPA En. Suderman sebanyak RM 275.93.

En. Pissal Abu menyerahkan wang kepada En. Ubaidah
Kilang Kitar Semula
Jualan Kitar Semula