Saturday, August 6, 2011

Hari Ke 3 Di Bandung

Pagi jam 9 waktu Indonesia jam 10.00 malaysia kami dijemput oleh Pak Hindri salah seorang pengusaha disana ke gedung beliau dengan menaiki keretanya sejauh 10 km dari hotel kami dan tidak jauh dengan pasaraya Pekan Baru dimana terletaknya Pasaraya yang terbesar.

Lawat Kilang
Kain Cadar
Kasut Hotel

Kami melhat kerja tangan yang dibuat oleh pekerja-pekerjanya dan kebanyakan tempahan dari hotel-hotel tempatan seperti tuala mandi, kain selimut, sarong bantal dan kasut hotel. Selepas selesai urusan pesanan maka kami dibawa oleh Pak Hindri ke Pasaraya Pekan Baru untuk membeli belah disana.

Pasar Pekan Baru
Orang ramai membeli belah
Pasar Pekan Baru

Pasaraya Pekan Baru terlalu besar bertingkat-tingkat orang terlalu ramai termasok pelancong, masa kami pulak terhad hanya ada 45 minit untuk kembali ke hotel dan checkout. Kawan hanya sempat beli sehelai baju dan kami ambil teksi balik ke hotel.
Lapangan Terbang

Jam 12.30 waktu Indonesia waktu Malaysia 1.30 tengahari kami checkout dengan menaiki kereta yang sudah tersedia oleh pihak hotel dengan bayaran Rp 60,000 untuk ke airport, sebelum ke airport kami dibawa pusing-pusing terlebih dahulu didalam bandar.  Sampai di airport setelah kami checkin penerbangan kami dari Bandung ke Kuala Lumpur jam 3.45 waktu Indonesia jam 4.45 waktu Malaysia.

Checkin penerbangan
Masukan Bagasi

Penerbangan dari Bandung ke Kuala Lumpur memakan masa 2 jam 15 minit sebaik sahaja pesawat mendarat jam 7.20 malam saya dengan cepat-cepat berjalan menuju ke Imigeration cop pasport dan kemudian saya berlari perlahan-lahan dengan izin pihak polis keluar sementara menuju ke kiosk untuk checkin penerbangan pulang ke Alor Setar  bording jam 7.50 manakala jam 8.30 malam penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.

Pesawat Air Asia
Berehat
Video Penebangan balik ke Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment