Friday, August 5, 2011

Hari Ke 2 Di Bandung

Jam 3 pagi waktu Indonesia Jam 4 waktu Malaysia 5 August 2011 kami di gerak melalui telepon oleh receiption untuk makan sahur wauuuuuu ramai juga orang malaysia yang mengindap disitu, sesudah sahur kami naik semula kebilik berehat tengok TV sementara nak masuk subuh cerita di TV wauuuuu boleh tahan macam-macam cerita.

Makan sahur

Pagi jam 10.00 pakner kawan saya En. Mohd Farizan Yusof yang dulu bekerja di environment IDAMAN Sdn Bhd telah bekerja ditempat baru sebagai Purchasing Manager di sebuah Hotel Bukit Bintang, Kuala Lumpur ada buat temujanji dengan pengusaha di Bandung tak jadi datang maka kami pun keluar berjalan-jalan menuju ke bandar masuk satu kedai ke satu kedai puas akhir sekali dia tak beli apa saya pun tak beli apa kami makan angin saja.


Suasana hadapan pasaraya matahari
Pasaraya Matahari

Sepanjang jalan kami terjumpa dengan kanak-kanak serta penyanyi tepi jalan dengan memberi hiburan kepada pelanggan mereka yang duduk didalam kereta, teksi dan sebagainya. Kanak-kanak juga ada menjual surat kabar sambil meminta sedekah, semunya itu hanya perkara biasa di Indonesia tapi tidak berlaku di Malaysia. Alhamdulilah bersyukurlah kita.

Teksi Waja Malaysia
Orang ramai berbuka puasa

Bila sampai waktu berbuka puasa kami pun pusing cari kedai akhirnya kami jumpa maka kami pun masuk duduk bersama-sama dengan yang lain kebanyakan mereka ini pekerja-pekerja pasaraya, yang seronoknya nak pesan makanan pun tak tau pakai tunjuk apa yang budak-budak tu pesan lagi seronoknya pesan lain sampai lain kami ketawa. Budak-budak tu pun bagus pandai hormati kami sebagai pelancong jadi petang tu yang duduk sebaris dengan kami, diakhir sekali saya berlanja semua mereka hhaaaahhhh tersenyum la mereka dengan ucapan terima kasih PAK dan ada yang terima kasih PAK CIK, keselurohan makan pada petang itu hanya RP 248,000 (RM 86.00).

Beli baju
Kawan beli minyak wangi

Selepas berbuka puasa kami sekali lagi masuk ke pasaraya pusing-pusing dan ada la sikit kami beli selepas itu pulang ke hotel dalam perjalanan kawan saya merungut lapar katanya makan tadi tak puas, apa lagi kami singgah kedai warong di tepi jalan makan Bakso dan Satay hanya RP 45,000 (RM 14.50).

Makan bakso dan satay

Sampai dihotel kami terus naik ke bilik sembahyang kawan saya tengok TV saya menulis blog.

Sampai di hotel
Suasana Malam

No comments:

Post a Comment