Sunday, August 28, 2011

3R Wisma Darull Aman

Minggu ke 3 hari ini 28 August 2011 bagi mengantikan minggu ke 2 jatuh pada 21 August 2011 program pada hari tersebut dibatalkan kerana Pejabat SUK mengadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada orang-orang tua yang disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Pekerja Syarikat Hawa

Kutipan 3R kali ini diadakan dalam suasana berpuasa dan hampir dengan hari raya aidilfitri tak banyak Jabatan- Jabatan Kerajaan terlibat, seperti biasa di monopoli oleh 2 syarikat satu dari Juta satu lagi dari Hawa. 

Kakitangan Bahagian Jabatan Kewangan
Pegawai PPSPPA sedang menimbang

Penimbangan berjalan seperti biasa yang mana Pegawai-pegawai dari PPSPPA Cik Intan, Cik Wan serta En. Budin turut membantu dan memantau semasa dijalankan penimbangan. Manakala En. Pissal Abu Officer bersama 3 pekerja mewakili syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd.

En. Pissal Abu sedang menimbang
Penyerahan wang
Gambar keselurohan 3R

Hasil kutipan kertas seberat 1,195 kg, Botol Plastik 29 kg, Alumaniam 5.5 kg, Tin 21 kg dan Logam 9 kg sebanyak RM 464.09.  


No comments:

Post a Comment