Saturday, August 27, 2011

Lawatan Ke Sangkar Ternakan Ikan

Setelah sekian lama tidak melawat tapak ikan di Kuala Kangsar saya ditemani anak pergi pada 26 August 2011 untuk tujuan melawat tapak ikan dan menziarahi isteri Hj. Faizi yang sakit.


Sesampainya saya ditapak ikan dalam sangkar didapati Pak Yusof pekerja yang digajikan oleh Koperasi sedang membuang tembeling yang terlekat disangkar.  Saya turun ke sangkar melihat saki baki ikan yang ada didalam sangkar.



Ikan baru belum lagi dimasukan sehingga menunggu ikan lama dihabiskan, setelah diperiksa ikan patin hanya sedikit saja lagi manakala ikan talapia masih ada dalam lingkungan 600 ke 700 ekor. Ikan talapia yang besar di asingkan ianya cukup untuk kegunaan restoran yang ada disitu. 


Selepas melawat sangkar saya bersama isteri terus ke rumah Haji Faizi yang tidak jauh dari kawasan sangkar ikan, kebetulan kami sampai Haji Faizi tidak ada dirumah beliau ada di Kuala Lumpur namum begitu isteri saya dapat berbual dengan Kak Hajjah.



Kami dipelawa berbuka puasa dirumahnya namum begitu kami menolak kerana sebelum datang kami sudah tempah ikan bakar bersama tomyam untuk berbuka puasa di restorang d tebing yang ada dikawasan tersebut.


Semasa perjalanan pulang ke Alor Setar jam 9 malam dalam keadaan hujan kereta banyak maklumlah orang-orang dari KL pulang berhari raya dirumah jadi kami perlu berhati-hati alhamdullilah sepanjang perjalanan balik kami selamat walaupun ada 2 tempat berlaku kemalangan jalan raya, kami sampai ke rumah jam 11.30 malam.

No comments:

Post a Comment