Pesawat kami bertolak jam 6.30 petang dari Kuala Lumpur sampainya kami di Bandung jam 8.45 malam, waktu Indonesia jam 7.45 malam, penerbangan selama 2 jam 15 minit.
Pesawat Ke Bandung
Airportnya terlalu kecil maka ramailah berbaris di kaunter hanya 2 orang pegawai sahaja yang menjalankan tugas sekiranya diwaktu itu datang lagi pesawat menurunkan penumpang maka jawabnya berbaris panjang la. Setiap orang memakan masa 5 minit bayangkan 70 orang.
Selesai sahaja urusan cop pasport saya terus menuju ke kaunter teksi untuk mendapatkan kopon dengan harga RP 40,000 (RM 14.80) dari airport menuju ke bandar. Oleh kerana kami tidak membuat tempahan bilik kami minta pemandu teksi hantar ke hotel Anggerik sampainya disana bilik standard dengan deluxe habis hanya tinggal suite sahaja harganya terlalu mahal sehingga RP 999,000. (RM 360.00).
Kami terus ke hotel Grand Siera atas nasihat pemandu teksi, sampainya kami disana bilik standard untuk 2 orang ada dengan kadar harga RP 480,000 ( RM 160.00 ) jadi kami bersetuju mengidap di hotel tersebut. Saya mengeluarkan wang RP 70,000 termasok tip 30,000 namum begitu pemandu teksi minta ditambah lagi katanya bawa kami pusing-pusing cari hotel beliau minta RP 90,000 menjadikan tambahan RP 50,000 dari harga asal RP 40,000. (Disini kita perlu berhati-hati dengan pemandu teksi yang kononnya mahu menolong kita)
Selepas kami checkin kami mandi solat maghrib dan Isya terus berjalan kaki menuju ke tempat shopping sayangnya shopping sudah tutup dan juga semua tempat hiburan serta SPA dalam bulan puasa ditutup selama 1 bulan. Lalu kami berhenti makan di warong makan yang dibuka sehingga lewat malam untuk orang ramai makan sahur.
Aiaport Bandung
Pintu masuk
Grand Siera Hotel
Kaunter Recieption
Bilik standard untuk 2 orang
Bilik Air
Makan Malam
No comments:
Post a Comment