Monday, February 27, 2012

Makan Malam dan Karaoke

Penat kerja seharian saya bersama dengan anak-anak buah dari Jabatan Komunikasi Koporat environment IDAMAN Sdn Bhd selesai sahaja kerja pada malam 27-02-2012 hari Isnin kami lebih kurang 10 orang pergi ke Restoran Mama, Mergong tidak jauh dari Tesco untyuk makan malam disitu.

Hai dah Habis

Wah malam tersebut kami makan tomyam, sup ayam, daging masak merah, telur dadar dan sayur campur masakan ala thai uuhhhh sedapnya tak payak pergi ke Danok, Thailand sebiji macam Danok punya masakan memang lagi pun tukang masak tu orang petani.

Pais
Ain

Ingatkan masing-masing letih tak ada selera nak makan tengok-tengok macam ikan pirana daaaaa semuanya habis. Saya cukup gembira kerana anak-anak buah seronok, dalam diam-diam saya buat rancangan semua yang makan kena menyanyi, masing-masing terkejut.


Aam
Atikah

Tapi apa nak diheran dalam 10 orang ada 7 orang yang tera, cuma 2 orang sikit-sikit saja tu pun mereka berdua kena juga kena menyanyi 1 orang lagi katanya sakit tekak, tak apa siksanya terlepas boleh dimaafkan yang lain terus. Wah wah wah rupanya mereka ini kaki karaoke rupanya pada mula sahaja segan dan bila dah mula apa lagi, tunggu la kita sampai habis mereka menyanyi.

Anak-anak dah ngantuk

Apa-apa pun kami semuanya gembira jadi tujuan kami sama-sama nak lepas tension pada malam itu sudah boleh lepaskanya jam 10.45 kami semua pulang.

Saturday, February 25, 2012

Suasana Malam di Medan

Medan adalah salah satu negeri yang terbesar di Indonesia selain dari Jakarta penduduknya amat padat tidak hairanlah jika lalulintasnya terutama pada pelbagai jenis kenderaan termasok kereta, lori, motor dan lain-lain lagi, ianya penuh sesak diatas jalan-jalan raya sama ada diwaktu siang maupun diwaktu malam.


Dari Airport saya nak ke Hotel Ibunda dengan mengunakan teksi airport yang telah bersedia dari awal menunggu untuk menghantar pelanggan-pelanggannya kemana jua arah tujuan, semua teksi yang ada disitu dikawal dan harganya telah ditetapkan oleh persatuan teksi kesemua distinasi untuk ke dalam Bandar dengan kadar harga yang seragam sebanyak RP 50.000 (RM 17.00) satu perjalanan.

Hotel Ibuda
Gambar Medan

Pada malam 24/02/2012 saya keluar berjalan-jalan untuk melihat keindahan di Bandar Medan nyata sudah seperti mana sibuknya disebelah siang begitu juga disebelah malam dan suasana malam dengan diiringi lampu-lampu disekitarnya membuat ianya berseri.


Shoping

Aktiviti disebelah malam selain dari bershoping banyak juga medan selera serta kedai-kedai makan yang sentiasa mengamik para pelangganya berkunjung ke kedainya. Cara menikmati suasana dimalam hari saya berjalan dari Hotel Ibunda menuju kearah simpang dengan berjalan kaki walaupun banyakya beca mengekori saya untuk naik beca mereka.

Medan Selera
Suasana Malam

Thursday, February 23, 2012

Kutipan 3R di Perlis

Kutipan 3R hari ini 23-02-2012 untuk Pejabat Kerajaan di Negeri Perlis telah diadakan mulai jam 9.00 pagi di Komplek Pejabat Kerajaan  Negeri Perlis, Kangar, Perlis.


Seperti biasa setelah kaunter dibuka pekerja bahagian cleaner mendahului lain-lain Jabatan dengan membawa turun barang-barang kitar semula ketempat parking dalam kawasan Komplek Pejabat Kerajaan serta di ikuti oleh beberapa Jabatan Kerajaan.

Bawa barang dengan kereta
Barang-barang yang dikumpul
Catit berat timbangan
Timbang kertas

Setelah dibuat penimbangan keatas barang-barang tersebut didapati Kertas sebanyak 500.5 kg, Botol 25 kg dan Tin 21 kg berjumlah RM 192.90. Kesemua barang-barang tersebut di bawa balik ke Alor Setar dan dibawa ke Tandop untuk di Kitar Semula.

Pembayaran Tunai


Tuesday, February 21, 2012

Hari Pertama Di Pekan Baru

Hari pertama pada petang itu kami tidak kemana-mana asyik menerima kunjungan dari sanak saudara Hj. Faizi, kami berbual dan selepas makan malam sebelum kami dibawa pusing-pusing di Bandar Pekan Baru malam tersebut bagi melihat suasana malam kami dibawa kerumah Kakak pertama dan kedua yang tidak jauh dari situ.




Kereta penuh sesak walaupun jam menunjuk jam 9.00 malam (WI) jam 10.00 malam (WM), Kami dibawa melihat Pejabat Gabenur, Wali Kota, Hospital, Bangunan-bangunan Komersial serta Pejabat Konsalat Malaysia.

Rumah Kakak ke 2
Rumah Kaka ke 3 (Berjiran)
Hotel yang bertaraf 5 bintang juga ada disana, Keindahan malam di Bandar tersebut amat menarik dengan sumbangan dari peniaga-peniaga disekitar Bandar tersebut selain lampu-lampu yang dipasang oleh pihak pemerintah.  


Suasana Malam
Lebih kurang jam 12.00 malam (WI) jam 1.00 malam (WM) kami baru sampai balik dirumah dan terus tidor.

Monday, February 20, 2012

Perjalanan Ke Pekan Baru

Sekembalinya saya dari Tanjong Balai, Karimun, Indonesia pada 19/02/2012 melalui Kukup, Johor terus menuju ka LCCT Kuala Lumpur untuk berlepas ke Pekan Baru, Indonesia pada pagi 20/2012, sementara menunggu kawan saya, saya terus menulis dan menyemak Blospot.




Sesampainya kami di Lapangan Terbang Bandar Udara Sultan Syarif Kasim 11, disambut oleh sepupu kawan saya, kami dibawa terus kerumahnya yang tidak jauh dari airport tersebut dan dari situ hendak menuju ke bandar lebih kurang 10.km. Pemergian kami ke sana hanya 2 hari 1 malam bagi meninjau dan membuat persiapan tempat mesyuarat Lembaga yang akan diadakan pada 5-8/04/2012.



Pekan Baru adalah salah satu bandar terbesar di Indonesia, ketika ini ianya mempunyai penduduk yang cukup padat, kalau dibandingkan pada tahun 1997 nyata sudah hari ini 20-02-2012 kunjungan saya buat kali ke 2 amat teperanjat bertapa banyak perubahan telah berlaku dari hutan sepanjang jalan sekarang  mashaallah sudah membangun dengan Bangunan yang indah-indah.






Bandar ini terletak ditengah-tengah ianya boleh menuju ke Jakarta, Medan dan Bukit Tinggi, dari sini menuju ke Bukit Tinggi memakan masa perjalan mengunakan kereta selama 5 jam. Suasana Bandar Pekan Baru cukup sibuk.


Perjalanan Ke Pekan Baru

Sunday, February 19, 2012

Bandar Tanjung Balai

Tanjung Balai Karimum salah satu 1000 kepulauan yang ada di Indonesia, Bandarnya tidak besar dan Penduduknya tidak berapa ramai dianggarkan 1,000 keluarga menatap di Pulau tersebut, Pulau ini tidak ada Walikota hanya ada Pegawai Daerahnya sahaja.


Bandar ini disukai pelancong kerana penduduknya yang sentiasa ramah suka menegur dan ianya lebih selamat untuk membelibelah dan riadah jika berbanding disetengah-tengah tempatt lain. Maka itu tidak hairanlah setiap hujung minggu ada ramai pelancong terutama dari Negeri Trengganu yang datang melawat.


Bandar Tanjung Balai

Kebetulanya pada hari yang sama kami datang feri yang sama dapati ramai pelancong dari Trengganu, muatan feri hari itu penuh tempat duduk dan masih ada kumpulan mereka yang tertinggal terpaksa menaiki feri jam 12.00 nanti.

 

Kedai menjual kain baju setiap hari dibuka awal jam 8.00 pagi (WI) jam 9.00 pagi (WM) untuk memudahkan pelancong yang hendak balik awal jam 9.00 pagi, disebelah malamnya ada yang tutup jam 8.00 malam (WI) dan ada yang tutup pada jam 10.00 malam (WI).




Menjelang malam bandarnya mula sunyi dan sepi tiada lagi aktiviti dalam urusniaga boleh dikatakan kesemuanya balik kerumah masing-masing, cuma ada keluarga-keluarga yang berkemampuan membawa keluarga masing-masing keluar makan malam sama ada di Restoran, di Pasar Malam atau di tepi-tepi persisiran pantai. 

Dari segi hiburan Pusat-pusat karaoke banyaknya beroperasi di hotel-hotel dan hanya mempunyai satu sahaja Discotick yang mula beroperasi pada jam 9.00 malam  (WI) berakhir jam 4.00 pagi (WI) ramai pelancong serta orang tempatan berhibur ditempat tersebut.

Tempat Shoping

Saturday, February 18, 2012

Makan Gulai Asam Pedas

Penginapan di Tanjung Balai usah bimbang Hotel disana memang banyak harganya bilik disekitar RM 80.00 kebawah dan banyak hotel harga biliknya RM 50.00 sebilik dan boleh dikatakan semuanya cantik cuma saiznya berlainan mengikut harga bilik.




Di Hotel Peragon tempat kami menginap harga biliknya dahulu RM 50.00 sekarang harganya RM 60.00 mempunyai 3 tingkat sebanyak 120 bilik. Bilik hotel ini sentiasa penuh jika kita nak menginap di hotel ini terlebih dahulu kenalah membuat booking.



Istimewanya hotel ini kiri kanan dikeliling dengan kedai-kedai menjual kain-kain baju, kedai makan, Jeti dan masjid juga termasuk Pasar. Sebelah pagi kami pergi ke kedai yang menjual Gulai Asam Pedas waaauuuu pendek kata siapa yang datang di Tanjung Balai tidak kena gulai asam pedas tak cukup syarat, kerana asam pedasnya Ikan termasok Sotong, Udang segar-segar belaka semuanya yang baru sampai dibawa terus oleh nelayan.

Pelbagai jenis Ikan termasok sotong serta udang diletakan diperiuk berasingan memudahkan pelanggan memilihnya untuk dimasak kemudian dihidangkan kepada pelanggan seronoknya kerana hidangan semuanya panas-panas. Harganya berpatutan lebih kurang harga kita di Malaysia la.   



Apabila dimakan ianya cukup menyelerakan masakanya boleh tahan yang tak tahan pedasnya, jika ada pelanggan yang tak mau pedas boleh bilang awal sebelumnya dimasak.

Makan Asam Pedas

Friday, February 17, 2012

Tanjung Balai Karimun

Menaiki Feri dari Terminal Feri Antarabangsa, Kukup, Johor ke Tanjung Balai memakan masa selama 1 jam dengan melintasi selat Melaka untuk sampai kesana. Jumlah pelayaran dahulunya kerap boleh dikatakan setiap 2 jam tapi kali ini jumlah pelayaran amat sedikit dan terhad boleh dikatakan hanya 4 trip sehari.





Saya bersama kawan-kawan terpaksa bertolak awal dimalam hari dari Kuala Lumpur pada 16/02/2012 untuk mempastikan kami dapat tiket menaiki feri jam 8.00 pagi pada 17/02/2012 keesokanya. Memandangkan semua penumpang mengetahui jadual perjalanan feri maka tidak hairanlah apabila kami sampai di Jeti Feri Kukup mendapati orang telah ramai berada disitu. 



Sekiranya para penumpang terlepas feri jam 8.00 pagi mereka terpaksa menunggu feri jam 12.00 tengahari. Feri kami bertolak dari terminal Kukup, Johor ke Tanjung Balai jam 8.30 pagi dan kami sampai di Terminal Feri Tanjung Balai, Karimun, Indonesia  jam 9.30 pagi WM manakala WI jam 8.30 pagi.



Sesampainya kami dan selepas urusan cop pasport kami disambut oleh Pegawai disana dengan membawa kami terus menuju ke Paragon Hotel yang terletak didalam Bandar tersebut dengan dikeliling kedai-kedai jualan pakaian dan sebagainya.

Tanjong Balai, Karimun

Thursday, February 16, 2012

Perancangan Program 3R Tahun 2012

Ybhg. Dato' Zaini Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Kuala Lumpur telah mempengerusikan mesyuarat yang pertama pada 16/02/2012 dalam Perancangan Program 3R Tahun 2012 di Pejabatnya Bangunan OUB di Jalan Pantai, Kuala Lumpur.


Semua Konsensi dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut, diantara konsensi yang hadir environment IDAMAN Sdn Bhd mewakili Kawasan Utara, Alam Flora Sdn Bhd Kawasan Tengah, Southern Waste mewakili Kawasan Selatan dan manakala Kementerian Peruamahan dan Kerajaan Tempatan sebagai yang turut hadir.



 
Bagi mempastikan program ini berjalan maka telah ditetapkan Jawatankuasa ini akan bermesyuarat 3 bulan sekali, Program ini dipanjangkan ke Tadika-Tadika selain dari Pejabat-Pejabat Kerajaan, Masjid dan Sekolah-Sekolah. Penubuhan buku Bank Kitar Semula dan Penubuhan Kelab kitar Semula akan diberi keutamaan dalam program ini.  

 
Bersambung lagi....

Wednesday, February 15, 2012

Tahniah Tuan CEO

Sekalung TAHNIAH buat Tuan Ceo En. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal kerana telah di Anugerahkan Bintang Kebesaran AMK (Ahli Mahkota Kedah) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena hari kelhiran Tuanku Sultan Kedah yang jatus pada 15/01/2012.





Penganurahan tersebut telah diadakan pada 15/01/2012 bertempat di Balai Rong Seri, Istana Anak Bukit, Menteri Besar serta orang-orang kenamaan yang bergelar Dato' serta Adun dan Ketua-ketua Jabatan turut hadir dimajlis tersebut.

Dengan penganugerahan ini membuktikan pihak Istana dan Kerajaan Negeri memberi pengitirafan kepada Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd yang baru saja berusia 4 tahun dalam memberi perkhidmatan Sisa Pepejal dan Pembersihan kepada keselurohan Raakyat di Negeri Kedah.