Penginapan di Tanjung Balai usah bimbang Hotel disana memang banyak harganya bilik disekitar RM 80.00 kebawah dan banyak hotel harga biliknya RM 50.00 sebilik dan boleh dikatakan semuanya cantik cuma saiznya berlainan mengikut harga bilik.
Di Hotel Peragon tempat kami menginap harga biliknya dahulu RM 50.00 sekarang harganya RM 60.00 mempunyai 3 tingkat sebanyak 120 bilik. Bilik hotel ini sentiasa penuh jika kita nak menginap di hotel ini terlebih dahulu kenalah membuat booking.
Istimewanya hotel ini kiri kanan dikeliling dengan kedai-kedai menjual kain-kain baju, kedai makan, Jeti dan masjid juga termasuk Pasar. Sebelah pagi kami pergi ke kedai yang menjual Gulai Asam Pedas waaauuuu pendek kata siapa yang datang di Tanjung Balai tidak kena gulai asam pedas tak cukup syarat, kerana asam pedasnya Ikan termasok Sotong, Udang segar-segar belaka semuanya yang baru sampai dibawa terus oleh nelayan.
Pelbagai jenis Ikan termasok sotong serta udang diletakan diperiuk berasingan memudahkan pelanggan memilihnya untuk dimasak kemudian dihidangkan kepada pelanggan seronoknya kerana hidangan semuanya panas-panas. Harganya berpatutan lebih kurang harga kita di Malaysia la.
Apabila dimakan ianya cukup menyelerakan masakanya boleh tahan yang tak tahan pedasnya, jika ada pelanggan yang tak mau pedas boleh bilang awal sebelumnya dimasak.
Makan Asam Pedas
No comments:
Post a Comment