Monday, February 27, 2012

Makan Malam dan Karaoke

Penat kerja seharian saya bersama dengan anak-anak buah dari Jabatan Komunikasi Koporat environment IDAMAN Sdn Bhd selesai sahaja kerja pada malam 27-02-2012 hari Isnin kami lebih kurang 10 orang pergi ke Restoran Mama, Mergong tidak jauh dari Tesco untyuk makan malam disitu.

Hai dah Habis

Wah malam tersebut kami makan tomyam, sup ayam, daging masak merah, telur dadar dan sayur campur masakan ala thai uuhhhh sedapnya tak payak pergi ke Danok, Thailand sebiji macam Danok punya masakan memang lagi pun tukang masak tu orang petani.

Pais
Ain

Ingatkan masing-masing letih tak ada selera nak makan tengok-tengok macam ikan pirana daaaaa semuanya habis. Saya cukup gembira kerana anak-anak buah seronok, dalam diam-diam saya buat rancangan semua yang makan kena menyanyi, masing-masing terkejut.


Aam
Atikah

Tapi apa nak diheran dalam 10 orang ada 7 orang yang tera, cuma 2 orang sikit-sikit saja tu pun mereka berdua kena juga kena menyanyi 1 orang lagi katanya sakit tekak, tak apa siksanya terlepas boleh dimaafkan yang lain terus. Wah wah wah rupanya mereka ini kaki karaoke rupanya pada mula sahaja segan dan bila dah mula apa lagi, tunggu la kita sampai habis mereka menyanyi.

Anak-anak dah ngantuk

Apa-apa pun kami semuanya gembira jadi tujuan kami sama-sama nak lepas tension pada malam itu sudah boleh lepaskanya jam 10.45 kami semua pulang.

No comments:

Post a Comment