Monday, February 6, 2012

Al Quran di Kitar Semula

Astrafirullah al aazim apa nak jadi kepada masyarakat Islam, tergamak mereka menjadikan Al Quran Kitab Suci Allah sebagai bahan untuk dikitar semula, apakah jenis manusia yang sanggup membuangkan ayat suci allah, tak tahukah mereka untuk memusnahkan Al Quran dengan cara lain.


Saya amat terkejut dihari saya menghantar bahan-bahan kitar semula ke kilang setelah dipunggut bahan-bahan tersebut dari Pejabat Wisma Darulaman yang mana kitab-kitab ini diselit dikayu yang terlekat pada zink, ertikata kitab-kitab ini dijumpai oleh pekerja-pekerja Bangladesh dan mereka telah menyangkutkan dan menyelitkan disebelah kayu untuk elak dijijak oleh pekerja-pekerja disitu. 



Ini hanya sedikit sahaja yang dijumpa baki yang lain allah waalam Allah sahaja yang mengetahuinya. Lantas itu saya mengutipkanya dimasukan kedalam sarong plastik dimasuk kedalam kereta dan membawa balik kitab-kitab tersebut dirumah kemudianya saya dibantu oleh isteri saya kami membakar kitab-kitab tersebut didalam tong maka selepas itu debu-debunya dibalut dengan dimasukan 2 ketul bata dengan harapan balutan tersebut akan tengelam dalam laut.



Pada malam itu juga saya membawanya ke tepi laut diKuala Tunjang, Air Hitam, Jerlun untuk dibuang kedalam laut. Harap allah mengampun saya dan keluarga serta hamba-hambanya yang membuat kesalahan.

No comments:

Post a Comment