Tanjung Balai Karimum salah satu 1000 kepulauan yang ada di Indonesia, Bandarnya tidak besar dan Penduduknya tidak berapa ramai dianggarkan 1,000 keluarga menatap di Pulau tersebut, Pulau ini tidak ada Walikota hanya ada Pegawai Daerahnya sahaja.
Bandar ini disukai pelancong kerana penduduknya yang sentiasa ramah suka menegur dan ianya lebih selamat untuk membelibelah dan riadah jika berbanding disetengah-tengah tempatt lain. Maka itu tidak hairanlah setiap hujung minggu ada ramai pelancong terutama dari Negeri Trengganu yang datang melawat.
Bandar Tanjung Balai
Kebetulanya pada hari yang sama kami datang feri yang sama dapati ramai pelancong dari Trengganu, muatan feri hari itu penuh tempat duduk dan masih ada kumpulan mereka yang tertinggal terpaksa menaiki feri jam 12.00 nanti.
Kedai menjual kain baju setiap hari dibuka awal jam 8.00 pagi (WI) jam 9.00 pagi (WM) untuk memudahkan pelancong yang hendak balik awal jam 9.00 pagi, disebelah malamnya ada yang tutup jam 8.00 malam (WI) dan ada yang tutup pada jam 10.00 malam (WI).
Menjelang malam bandarnya mula sunyi dan sepi tiada lagi aktiviti dalam urusniaga boleh dikatakan kesemuanya balik kerumah masing-masing, cuma ada keluarga-keluarga yang berkemampuan membawa keluarga masing-masing keluar makan malam sama ada di Restoran, di Pasar Malam atau di tepi-tepi persisiran pantai.
Dari segi hiburan Pusat-pusat karaoke banyaknya beroperasi di hotel-hotel dan hanya mempunyai satu sahaja Discotick yang mula beroperasi pada jam 9.00 malam (WI) berakhir jam 4.00 pagi (WI) ramai pelancong serta orang tempatan berhibur ditempat tersebut.
Tempat Shoping
No comments:
Post a Comment