Friday, February 17, 2012

Tanjung Balai Karimun

Menaiki Feri dari Terminal Feri Antarabangsa, Kukup, Johor ke Tanjung Balai memakan masa selama 1 jam dengan melintasi selat Melaka untuk sampai kesana. Jumlah pelayaran dahulunya kerap boleh dikatakan setiap 2 jam tapi kali ini jumlah pelayaran amat sedikit dan terhad boleh dikatakan hanya 4 trip sehari.





Saya bersama kawan-kawan terpaksa bertolak awal dimalam hari dari Kuala Lumpur pada 16/02/2012 untuk mempastikan kami dapat tiket menaiki feri jam 8.00 pagi pada 17/02/2012 keesokanya. Memandangkan semua penumpang mengetahui jadual perjalanan feri maka tidak hairanlah apabila kami sampai di Jeti Feri Kukup mendapati orang telah ramai berada disitu. 



Sekiranya para penumpang terlepas feri jam 8.00 pagi mereka terpaksa menunggu feri jam 12.00 tengahari. Feri kami bertolak dari terminal Kukup, Johor ke Tanjung Balai jam 8.30 pagi dan kami sampai di Terminal Feri Tanjung Balai, Karimun, Indonesia  jam 9.30 pagi WM manakala WI jam 8.30 pagi.



Sesampainya kami dan selepas urusan cop pasport kami disambut oleh Pegawai disana dengan membawa kami terus menuju ke Paragon Hotel yang terletak didalam Bandar tersebut dengan dikeliling kedai-kedai jualan pakaian dan sebagainya.

Tanjong Balai, Karimun

No comments:

Post a Comment