Hari ke 3 08/09/2012 selepas makan pagi kami saya bersama Ustaz Abd.Halim dan Propeser bertolak ke Pasar Lama membeli cederamata untuk nak di bawa balik ke Malaysia pada 09/09/2012, Sampai dipasar kelihatan ramai orang tempatan dan pelancong sedang membeli belah.
Sarapan pagi
Menaiki tutu-tut ke pasar lama
Jika diperhatikan sikap peniaga disini boleh dipuji dengan ramahnya mereka tidak cepat marah walau apa pelbagai kerenah dari pelangan terutamanya pelancong, barang-barang yang dipegang dan ditawar jika kita tidak menjadi belinya mereka senyum sahaja tak marah.
Barang-barang kraftangan
Gambar
Selepas melawat serta membeli serba sedikit kami terus ke rumah Kakak Ustaz untuk makan tengahari dengan menaiki tut-tut, tutu-tutu disana cukup banyak memudahkan setiap pelancong atau orang-orang tempatan berulang alik kemana sahaja.
Makanan tengahari disediakan dengan ala kadar, saya amat menyukainya kerana masakan mereka tidak jauh berbedza dengan masakan di negara kita sendiri. Keluaraga ini hidup dalam suasana yang sederhana namum begitu mereka tetap menghormati tetamu, mana-mana tetamu yang datang mereka tetap menerimanya dengan hati terbuka.
Dalam perjalanan pulang ke hotel kami sempat singgah ditebing sungai untuk melihat restoran bergerak diatas bot, setiap satu restoran dihias dengan cantik supaya dapat menarik hati pelancong untuk menyewa atau berkunjung serta menjamu selera.
Video Pasar Lama
Restoran atas Bot
Gambar
No comments:
Post a Comment