Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad menerima 2 jemputan rumah terbuka pada 04/09/2012 di Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan (SKM) dan Angkasa bertempat yang berlainan, Angkasa diPejabatnya Wisma Ungku Aziz, Kelanajaya, Petaling Jaya manakala di Komplek Pertama di Pejabat SKM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
En. Azih Muda bersama Pengarah
Sebelah pagi sebaik sahaja selesai mesyuarat pinjaman di Pejabat Koperasi, En. Azih Muda Pengerusi mengetuai Koperasi bersama En. Pissal Abu Penolong Setiausaha, En. R. Phatumalai Jawatankuasa Audit dan En. Khairul Abdullah Pengurus Koperasi mengunjungi Pejabat SKM pada jam 1.00 tengahari untuk menyertai bersama-sama di rumah terbuka aidilfitri.
En. Pissal Abu sedang mengambil makanan
Berbincang mengenai Koperasi
Kedatangan kami disambut oleh Pengarah, Timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai SKM ditingkat 11 Komplek Pertama, Kuala Lumpur. Disamping menjamu selera kami dapat berbual-bual serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara. Menu yang disediakan begitu banyak dan ramai Koperasi turut hadir dimajlis tersebut.
En. Azih Muda bersama En. Khairul
Bergambar Bersama dengan Penolong Pengarah
Jam 3.00 petang kami sampai di Wisma Ungku Aziz Pejabat Angkasa kebetulan YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan turut berada disitu dan kami disambut oleh Presiden Angkasa oleh Datuk Dr. Mohd. Ali bin Baharom.
Bersalam dengan Presiden Angkasa
En. Azih Muda bersaslam dengan Dato' Sri
En. Azih Muda sempat berbual-bual dengan Menteri serta Presiden Koperasi dan Pegawai-pegawainya mengenai isu-isu semasa didalam Koperasi, suasana dihari itu cukup mesra dan ramai tetamu-tetamu yang datang.
En. Azih berbual dengan Dato' Sri
YB. Dato' Sri pulang
Selepas berbual YB Datuk Sri pulang jam 4.30 petang ke Pejabatnya dan kami terus menjamu selera serta berbual-bual dengan Pegawai-pegawai Angkasa.
En. Pissal bersama En. Azih Muda
En. Azih berbual dengan Presiden Angkasa
Bergambar bersama Presiden Angkasa
No comments:
Post a Comment