Sejak beberapa bulan kebelakang ini hingga ke hari ini banyak tong-tong sampah sama ada tong besi mau pun tong bin lifting plastik hak kepunyaan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd dibakar oleh orang-orang yang tidak bertangung jawab.
Dengan pembakaran yang dibuat tanpa ada faedahnya ianya menyusahkan pekerja-pekerja Idaman menjalankan tugas semasa membuat kutipan dan juga dengan ketiadaan tong sampah ianya menjadikan lunggok sampah akibatnya sampah-sampah tersebut berselerak diatas jalan raya.
Apakah kita mau lihat seluroh Bandaraya Alor Setar tiada tong sampah, pihak kerajaan telah memperuntokan tong-tong sampah setiap PBT untuk diletakan ditempat-tempat yang perlu bagi memudahkan orang-orang ramai membuang sampah.
Saya beberapa kali terserempak tong sampah di Jalan Kuala Kedah sedang terbakar dan saya rasa bertangung jawab walaupun saya sudah bersara mengambil tindakan tolong menolak tong tersebut membuang api dalam sampah, kadang-kadang ada tong yang tak dapat diselamatkan.
Saya menyeru kepada orang ramai tolonglah jangan membakar tong-tong sampah kerana ianya akan menyusahkan kita mengakibatkan orang ramai akan membuang sampah dimerata tempat dan sampah akan jadi berselerak sementara menunggu lori sampah datang mengutip.
No comments:
Post a Comment