Thursday, September 20, 2012

Mesyuarat Khas di Langkawi

Semenjak keputusan membeli tanah diLangkawi diluluskan dan pembayaran 10% telah dibuat hari ini 21-09-2012 hari Jumaat mesyuarat khas dengan wakil tuan tanah telah diadakan pada jam 11.00 pagi bertempat di Restoran AB Hotel, Pantai Canang untuk membincang dengan lebih detail status kedudukan tanah tersebut.

En. Pissal sedang menerangkan sesuatu
En. Azih Muda sedang menandatangani surat

Hadzir bersama didalam mesyuarat ini En. Pissal Abu Penolong Setiasuaha, Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, En. Ku Jamaluddin Ku Abd. Razak Pengerusi Koperasi Kawasan, En. Basri dan Halim mewakili tuan tanah.

Petang semalam saya bertolak jam 6.00 petang dari Kuala Kedah sampai di Jeti Langkawi jam 8.09 malam pada 20-09-2012 makna kata perjalanan Feri memakan masa 2 jam untuk sampai ke Langkawi apa masaalah tidak tahu biasanya hanya 1.30 minit sahaja.

Menaiki Feri dari Kuala Kedah

Sampainya saya di Jeti sedia menunggu disana En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd. Razak dari Majlis Perbandaran Langkawi. kemudian kami terus ke Airport mengambil En. Azih Muda yang menaiki pesawat Airasia dari Kuala Lumpur ke Langkawi, beliau sampai jam 8.40 malam.

Pintu ketibaan
Menyambut ketibaan En. Azih Muda

Selepas checkin kami terus ke Restoran tepi laut untuk menjamu selera, hidangan yang disajikan selain dari Tomyam, Ketam masak rempah Ikan tiga rasa dan lain-lain lagi.

AB Hotel Pantai Chanang 
Makan Malam
Bersambung lagi.....


No comments:

Post a Comment