Monday, September 17, 2012

KVK ke Tg. Balai Karimun

Tahun lepas Syarikat KVK mengadakan Lawatan bersama warga kerjanya di Haatyai dan Songkla diakhir tahun maka tahun ini pada 15-17/09/2012 selama 3 hari 2 malam Syarikat KVK mengadakan program yang sama kepada wargakerjanya ke Tg. Balai Karimun, Indonesia Barat.

Bergambar dihadapan Pelabuhan Kukup

Penyertaan kali ini hanya seramai 9 dari 12 orang kesemuanya lelaki dan 2 orang wanita tidak turut hadir kerana mempunyai urusan keluarga. Pada malam 14/09/2012 jam 10.00 malam kami berkumpul di Pejabat KVK untuk bertolak ke Kukup, Pontian, Johor.

Agihan Pasport dan Tiket Feri
Gambar-Gambar hari pertama

Tepat jam 11.00 malam kami bertolak ke Kukup dengan menaiki 2 buah kereta untuk sampai ke destinasin jam 6.00 pagi. Feri trip pertama jam 8.00 pagi sampainya kami disana sudah ada orang ramai menungu.

Atas bumbong Feri
Menaiki Feri

Pelayaran dari Kukup ke Tg. Balai Karimun memakan masa 1 jam malalui selat Melaka dan banyak kapal-kapal besar berlabuh (Parking) disitu. Kami sampai di Jeti Tg. Balai Karimun jam 9.00 pagi (WM) 9.00 (WIB).

Gambar hari ke dua
Video Shopping

Setelah selesai urusan cop pasport kami berjalan menuju terus ke kereta yang sedia menunggu untuk membawa kami semua ke Paragon Hotel. Kebetulan hari ini di hotel tersebut penuh dengan pelancong luar dan orang tempatan.

Paragon Hotel
Receiption

Selesai sahaja urusan agihan bilik masing-masing berehat dan tidor dibilik kerana keletihan didalam perjalanan. Aktiviti bebas terpulang siapa mahu kemana, disebelah malam kami berkumpul untuk makan malam di dolfin seafood berhadapan dengan hotel yang kami menginap.

Makan Malam
Gambar hari terakhir

Keesokan pagi semua pekerja dibawa ke kedai asam pedas untuk makan pagi, specialnya asam pedas ini masakanya sedap tidak sama rasa seperti di Semenanjung khususnya di Kukup, Pontian. Ikan-ikanya segar baru di bawa naik dari laut macam-macam jenis ikan ada pendek kata hai puas makan disitu.

Gulai asam pedas
Video makan asam pedas
Dihadapan Paragon Hotel

Selepas makan ada yang pergi shoping ada yang naik motor berjalan-jalan pusing Tg. Balai ada yang balik ke bilik macam-macam lagi. Makanan disana jika nak dibandingkan dengan harga di Indonesia jauh lebih murah dari Malaysia, maklumlah pelancong katakan.

Makan Durian

Hari terakhir pada 17/09/2012 selepas kami semua sarapan pagi di hotel kami dihantar oleh pemandu hotel ke Jeti untuk berlepas balik ke Malaysia dengan feri yang pertama jam 9.00 pagi (WM) jam 8.00 (WIB). Dalam perjalanan pulang kami ke Kuala Lumpur kami singgah kedai jual buah langsat dan durian, apalagi kena durian 7 biji masing-masing mata naik merah lepas itu kami singah pula kedai makan untuk makan tengahari.

Makan Tengahari

Akhirnya kami selamat sampai di Pejabat KVK di Diamond Square Kuala Lumpur jam 6.00 petang, keadaan lalulintas tidak sibuk kereta pun tak banyak kerena hari ini warga kerja KL masih bercuti. 

Sampai di KL
Video dari Kukup ke KL

No comments:

Post a Comment