Saturday, April 2, 2011

Gotong Royong Tmn Setia Jaya

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada Tuan Haji Halim Kamis Pengerusi Rukun Tetangga Taman Setia Jaya yang telah berjaya mengadakan Program Kesihatan dan Gotong Royong bersama Majlis Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama environment IDAMAN Sdn Bhd selama 2 hari pada 01-02 April 2011 bertempat di Dewan Orang Ramai (RPA) Taman Setia Jaya, Jitra Kedah.

Taklimat kepada peserta
Peserta mengambil alatan gotong royong

Gotong Royong pagi ini 02 April 2011 mendapat sambutan baik dari Penduduk-penduduk di Taman tersebut walau pun semasa mengadakan perhimpunan pagi tidak ramai yang hadir walau bagaimana pun sebaik sahaja kerja gotong royong bermula ramailah penguhuni-penghuni taman tersebut keluar baramai-ramai dihadapan rumah masing-masing menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Pembersihan dipintu masuk ke Taman Setia Jaya
Mengorek tanah dalam parit
Mencuci parit belakang rumah
Membersih lunggok-lunggok
Membersih parit didepan rumah
Video Gotong Royong

Kerja-kerja hari ini tertumpu kepada parit dan sampah-sampah lunggok. En. Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu turut hadir bersama menjalankan kerja-kerja gotong royong yang dijalankan hari ini. Program hari ini  2 dalam 1 selain gotong royong diadakan juga program menanam pokok-pokok disekeliling taman tersebut.

Menanam Pokok
En. Ismail bersama Haji Halim sedang merata tanah

Rukun Tetangga juga telah menyediakan makan pagi dan makan tengahari kepada peserta-peserta yang  hadir menyertai gotong royong pada pagi tersebut.

Makan pagi
En. Pissal sedang makan bihun

Sampah lungguk yang dibuang oleh penduduk taman telah dibersihkan sepenohnya, harapan selepas ini penduduk-penduduk tidak lagi membuang sampah ikut sesuka hati.

Sebelum
Sedang
Selepas
Bergambar selepas selesai

Di Program ini En. Pissal Abu sempat menemuramah En. Ismail Zakaria Pegawai Perpaduan Daerah mengenai program gotong royong yang diadakan.

En. Pissal sedang berbincang sesuatu dengan En. Ismail
Apa Kata Pegawai Perpaduan
Gambar Gotong Royong Keselurohan

No comments:

Post a Comment