Hari ini merupakan hari terakhir saya berada diKota Palembang pihak hotel telah pun menalipon syarikat teksi, sementara menunggu ketibaan teksi saya bersarapan pagi terlebih dahulu dan checkout. Pemandu teksi tiba dan terus mengambil beg saya dimasukan kedalam teksi untuk ke Airport.
Kaunter Tiket
Penerbangan saya jam 1.05 tengahari saya tiba awal di Aiport jam 9.30 pagi kerana peraturan syarikat penerbangan antarabangsa mesti checkin 4 jam sebelum penerbangan berlepas. saya akur atas arahan yang diberikan.
Kaunter AirAsia buka pada jam 10.00 pagi waktu tempatan dan saya gunakan misin untuk checkin bagi mendapatkan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur. Penerbangan dari Palembang ke Kuala Lumpur memakan masa selama 1 jam 20 minit.
Lapangan Terbang
Penerbangan ke Kuala Lumpur
Harga makanan di pesawat AirAsia jauh lebih murah dari Lapangan Terbang Palembang maka saya memilih untuk makan tengahari diatas Kapal Terbang.
No comments:
Post a Comment