Hari ke 2 selepas makan pagi dari hotel jam 9.00 saya menaiki Van teksi dengan harga Rp: 2,000 (RM 0.70 sen) jika menaiki Motor atau teksi Rp: 10,000 (RM 3.50) ke Ampera sejauh 6 km. Tempat tersebut terkenal dengan Jambatan Besar, Pasar, Masjid Agung serta Bangunan-bangunan Bersejarah yang
ditempatkan dikawasan tersebut.
Jambatan Palembang
Masjid Agung
Perjalanan dari Hotel ke Pasar Ampera
Sesampainya saya di lokasi itu, saya terus ketebing Sungai yang besar mengambil gambar pergerakan teksi sampan yang masing-masing menuju ke destinasi ke seberang, dibawah jambatan besar terletak banyak teksi-teksi sampan sebagai tempat parking dan menunggu penumpang nak ke seberang. Jika kita nak ke seberang harganya Rp: 10,000 (RM 3.50).
Teksi Sampan dan Penumpang
Teksi Sampan
Apa yang paling menarik ditebing sungai yang sama bersebelahan dengan parking teksi sampan ada pula Bot Rumah Makan (Kedai Makan) orang ramai boleh menjamu selera pelbagai jenis masakan disediakan disetiap Bot Rumah Makan harganya seperti diatas darat.
Rumah Makan Atas Bot
Pelangan sedang makan
Gerai makan yang standard serta tersusun berbentuk steel dalam keadaan selesa menjual serta menyediakan pelbagai jenis masakan dan makanan kepada pelanggan-pelanggan dsekitar itempat tersebut khususnya kepada pelanggan-pelanggan yang mengunakan teksi sampan.
Gerai Makan
Gambar dihari ke 2
Pasar juga terletak tidak jauh hanya bersebelahan dengan teksi sampan, Pasar oh Pasar faham saja la ianya menjadi tumpuan orang ramai khususnya penduduk disitu tiada ada nampak tanda-tanda pelancong yang datang kesitu lagi pun namanya Pasar tentu la kotorkan ialah nak jaga imej Kota Palembang dan Pelancong.
Depan Pasar
Jenis jualan ada yang borong ada yang runcit setiap sudut dipasar tersebut memang ada saja pelanggan apatah lagi jika ada peniaga-peniaga membuat jualan lelong hhuuuuh ramai la orang yang menimpa.
Pasar Palembang
Asyik berjalan dan mengambil gambar kesana kesini sedar sedar kedengaran azan berbunyi cari punya cari terjumpalah Masjid Negeri yang dinamakan Masjid Agung yang dibina sejak tahun 1795 lagi. apa lagi terus ke masjid sembahyang jumaat disitu. Sebaik sahaja selepas bersembahyang ramailah keluar dan saya perhatikan ramai orang makan dipintu masuk kemasjid, makan apa tu tanya hati kecil saya, aduh sedapnya tengok dia orang makan lalu saya pun cuba makan wwwaaauuuu sedap juga tokua goreng rupanya.
Khutbah Jumaat
Petang saya menaiki Van teksi terus ke pusat membeli belah di Carefour jaraknya dengan hotel lebih kurang 3 km disitu mempunyal pelbagai jualan langsung kepada pelanggan.
Carrefour Supermarket
No comments:
Post a Comment