Saturday, April 9, 2011

Lawatan Ke Pelembang, Indonesia

AirAsia menawarkan tambang harga murah maka saya rebutlah peluang ini dengan Melancong ke Palembang selama 3 hari 2 malam pada 7-9hb April 2011dengan harganya RM 48.00 pergi dan balik.

Bas InterCity
Kemudahan dalam Bas seperti Plug untuk caj pelbagai

Malam 6hb April 2011 saya bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki Bas Express InterCity Bas yang pertama mempunyai kemudahan Wi-fi serta diletakan plug setiap tempat duduk penumpang. Sesampainya saya pagi pada jam 5.30 saya terus menuju ke KL Central menaiki Bas yang tersedia ada untuk ke LCCT, saya sampai di LCCT jam 6.30 pagi terus kesurau solat subuh kemudian saya checkin mengunakan misin.

Kaunter Pertanyaan
Misin Tiket
Checkin

Sementara menunggu penerbangan jam 12.00 saya mengambil kesempatan dengan membuka blog saya untuk keluaran seterusnya, jam 10.00 pagi saya terus masuk Balai Perlepasan Antarabangsa, beg yang saya bawa tak seberat mana hanya 6 kilo sahaja. (Perlu diingatkan pada kawan2 AirAsia mengenakan caj Baggage 1 kilo RM 15.00 bandingkan sekiranya saiz beg besar diminta masuk ke Baggage alamatnya banyaklah belanjanya) 

Dari KL ke Palembang

Sampai di Sultan Mahmud Badaruddin Airport jam 12.35 waktu Indonesia selepas cop pasport saya keluar untuk mendapatkan teksi (Beli tiket teksi dikaunter murah hanya 50,000 rupiah RM 18.00 jika dibandingkan dengan harga teksi sapu 80.000 rupiah hampir RM 27.00) ke Kota Palembang.

Palembang Airport

Hari Pertama di Palembang

Dari Airport ke Kota Palembang sejauh 15 km, Pembangunan seperti biasa tak banyak bangunan tinggi-tinggi tapi penduduknya lebih ramai dari penduduk Kuala Lumpur. Sepanjang jalan menuju ke hotel jalan-jalan raya dilebarkan untuk persediaan menghadapi Sukan Sea pada Bulan November 2011 nanti.

Hotel Grand Duta

Pemandu teksi bawa saya ke Hotel Grand Duta pemilik hotel ini orang melayu tempatan, Harga bilik boleh tahan Rp 250.00 sahaja (RM 85.00) untuk 1 malam termasok sarapan pagi. Bilik hotel besar untuk 2 orang memang cukup selesa. selepas checkin saya masuk kebilik berehat mandi tonton tv cerita seronok-seronok belaka. 

Hotel Grand Duta

Petang saya berjalan-jalan disekitar kawasan tersebut dan melihat keindahan serta mengunjung Supermarket yang terletak tidak jauh dari hotel. Seperti biasa la mana-mana supermarket cuma ianya ada kelainan sedikit dari supermarket2 di Malaysia khususnya di Alor Setar.

Supermarket

Disebelah supermarket ada pula berderetan rumah-rumah urut traditional ketika saya melalui disitu waktu dah malam semua deretan rumah urut memasang lampu warna yang berkelip-kelip dari jauh nampak cantik seolah-olah mengamik orang untuk datang kesitu. Kedai makanan Islam sama ada ditepi-tepi jalan atau dikedai-kedai bangunan cukup banyak pendek kata tidak kelaparan jika duit ada. 

Kedai Makan
Suasana Malam

Jam 11.00 malam selepas makan saya kembali ke hotel tonton tv sehingga jam 2.00 pagi dan terus tidor.




10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tk. maklumat berguna utk saya. akan ke sana mei 2015

    ReplyDelete
  3. tk. maklumat berguna utk saya. akan ke sana mei 2015

    ReplyDelete
  4. tk. maklumat berguna utk saya. akan ke sana mei 2015

    ReplyDelete
  5. tk. maklumat berguna utk saya. akan ke sana mei 2015

    ReplyDelete
  6. tk. maklumat berguna utk saya. akan ke sana mei 2015

    ReplyDelete
  7. tk. maklumat berguna utk saya. akan ke sana mei 2015

    ReplyDelete
  8. tk. maklumat berguna utk saya. akan ke sana mei 2015

    ReplyDelete
  9. tk. maklumat berguna utk saya. akan ke sana mei 2015

    ReplyDelete
  10. tk. maklumat berguna utk saya. akan ke sana mei 2015

    ReplyDelete