Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA) telah menempa sejarah terbaru dengan terbentuknya Koperasi Pembiayaan Shariah Angkasa Berhad (KPSA) hari ini 22 April 2011 Perasmian oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan, bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Unguku Aziz, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Bangunan ANGKASA
Para tetamu jemputan
Tujuan diadakan mesyuarat agung pada hari ini adalah untuk Meluluskan serta Persetujuan Menubuhkan Koperasi Pembiayaan Shariah Angkasa Berhad (KPSA), Persetujuan membuat permohonan kepada Suruhan Jaya Koperasi (SKM) dan Meluluskan Aturan/Rancangan Perniagaan KPSA Berhad.
Sdr. Pissal Abu sedang mendaftar sebagai peserta
mewakili Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Sdr. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA
Sebahagian dari Perwakilan
Sdr. Azih Muda bergambar bersama Y.A.B Dato' Sri Ismail
selepas Majlis Perasmian
Didalam ucapan aluan Y.Bhg Prof Dato' Dr Mohd Ali Bin Baharum, Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Penaja Koperasi Pembiayaan Shariah ANGKASA Berhad (KPSA) (Dalam Penubuhan) mengatakan didalam ucapanya Koperasi ini dinamakan Bank Koperasi tetapi pihak Bank Negara serta SKM tidak membenarkan mengunakan nama terseebut, maka sekarang dikenali sebagai KPSA dan beliau mencadangkan selepas ini dinamakan KOOPSA.
Ucapan Pengerusi Penaja KPSA
Majlis Perasmian
Operasi KPSA serupa dengan BANK Tempatan didalam urusniaganya. Sehingga hari ini wang terkumpul sebanyak 320 juta dari Koperasi-koperasi Gabungan manakala untuk menubuhkan BANK syaratnya mesti mempunyai RM 300.juta maka KPSA sudah melepasi syarat-syaratnya.
Didalam ucapan Y.B Dato' Sri Ismail Sabri Yaakub, Menteri Perdangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepegunaan (KPDNKK) beliau memuji langkah Koperasi menubuhkan BANK dan tepat pada masanya bagi tujuan membantu Koperasi-koperasi yang bermasaalah dalam membayaai pinjaman.
Sidang Akbar
Sdr. Pissal Abu berdiri dibelakang Y.A.B Dato' Sri Ismail
didalam sidang akbar
Bersambung lagi....
No comments:
Post a Comment