Sampainya saya di Airport LCCT Kuala Lumpur pada jam 3.05 petang dari Palembang, Indonesia saya disambut oleh Tuan Haji Ibrahim dari Batu Pahat, Johor salah seorang Ahli Lembaga Koperasi yang bertangung jawab dalam percetakan beliau menunggu saya dihadapan pintu luar utama, setelah berjumpa saya bersama beliau ke OldTown White Coffe salah satu restoran yang ada disitu.
Restoran Oldtown White Coffe
Duduknya kami dikerusi restoran lantas datanglah pelayan dan kami oder 2 cawan kopi dan 2 set roti, selepas itu kami mulakan gerak kerja dengan membincang dan menulis buletin yang sebelum ini sudah dsiapkan hampir 80 peratus yang sudah siap dari 16 muka surat kepada 20 muka surat.
Mula Perbincangan
Buku Catitan Minit Mesyuarat Sudah Siap
Segala deraf 16 muka surat mengenai buletin yang sudah dijadikan blog telah diserahkan oleh Tuan Haji Ibrahim kepada saya untuk dibawa berbincang didalam Mesyuarat Jawatankuasa Pinjaman yang terdekat ini pada 16 April 2011.
Gerak Kerja Mengenai Buletin
Semakan semula selesai dibuat dan kemudianya bulitin ini di emailkan terus kepada syarikat berkenaan untuk memudahkan penyediaan blog sebagai persediaan percetakan untuk diedarkan kepada perwakilan dan Pemerhati semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan ini diHotel Malaysia, Melaka pada Bulan Jun 2011 nanti. Apa pun semuanya tergantong kepada kelulusan mesyuarat Lembaga sama ada lulus atau tidak.
Kemudian jam 8.30 malam saya terus checkin dan menaiki Kapal Terbang balik ke Alor Setar, sampai di Alor Setar jam 9.30 malam sedia menanti kepulangan saya Isteri dan anak-anak.
No comments:
Post a Comment