Friday, July 31, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015 pada 30 Julai 2015 bertempat di Tingkat 4, Bangina Wisma KOSPETA di No 10 & 12 Jalan 6/3A KM 12 Off Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.



Anggota anggota Koperasi yang berdekatan di Kuala Lumpur serta Pejabat-Pejabat Kerajaan, Kesatuan Sekerja dan Pembekal-pembekal di jemput hadir di jamuan ini.




Alhamdulillah sebaik sahaja Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Ybhg. Datuk Azih bin Muda tiba disambut oleh Setiausaha serta Ahli Lembaga dan jemputan yang lain ke Jamuan yang disediakan.



Jamuan makan dimulakan dengan bacaan doa selamat kepada bakal2 haji iaitu Ybhg. Datuk Azih bin Muda, Tuan Hj. Salem dan Puan Mariah yang akan menunaikan Haji pada tahun ini.




Sambutan rumah terbuka tahun ini amat meriah walaupu pada tarikh itu banyak agensi termasok Jabatan Kerajaan turut mengadakan Jamuan Hari Raya.






Dihari jamuan diadakan staff bertungkus lumus membuat persiapan menghiaskan bilik makan dengan ala kadar bagi menyambut para tetamu dalam suasana Hari Raya.






Hiasan Lampu Raya

Tuesday, July 14, 2015

Sumbangan Anak-Anak Yatim

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad tidak ketingalan dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya dalam menyempaikan sumbangan berbentuk barangan dan wang ringgit diRumah2 Kebajikan serta anak2 Yatim.


Baru-baru ini YBhg. Datuk Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah memilih Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, pada 14/07/2015 bertempat di Balakong, Selangor bagi menyampaikan sumbangan barangan dan wang ringgit.

Barangan keperluan harian
Anak-anak Yatim

Seramai 27 orang anak2 Yatim serta Anak2 yang miskin tinggal di Pusat Jagaan ini di bawah seliaan Dr, Sharmani serta 2 orang pembantunya.

Datuk Azih bin Muda bersama Dr. Shamani
En. Pissal Abu Setiausaha sdg beri ucapan

Orang ramai yang mempunyai kemampuan bolehlah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai atau barangan keperluan seharian seoerti Beras, gula dan sebagainya.

Pelajar Lelaki
 Pelajar Perempuan
Datuk Azih Muda menyampaikan sumbangan

Pihak Pusat ini juga memerlukan sumbangan komputer terpakai dari orang ramai untuk kegunaan pelajar-pelajar di Pusat ini untuk diguna pakai oleh anak-anak yatim.

Bergambar beramai-ramai

Tuesday, July 7, 2015

Bonus Kakitangan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah membayar Bonus seminggu sebelum raya aidilfitri kepada pekerja cemerlang 1 1/2 bulan dan 1 bulan bonus kepada semua kakitangan.




Bonus yang diberikan setiap tahun berasaskan kepada penilaiaan prestasi kerja, 3 orang cemerlang manakala 21 orang tahap baik dan memuaskan.




Cek-cek bonus telah di sampaikan oleh En. Pissal bin Abu Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin, Wisma KOSPETA, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Kakitanga yg menerima Bonus
Pengurus menerima hamper
Sumbangan Hamper