Saturday, April 30, 2011

Pertandingan Menari Berpasangan

Sempena menyambut Hari Pekerja 2011 environment IDAMAN Sdn Bhd bersama masyarakat dengan kerjasama Kuala Tunjang Kafe Karaoke (KTKK) telah mengadakan program Kempen Kitar Semula dan Menari Berpasangan pada 30 April 2011 jam 9.00 malam bertempat di Kuala Tunjang, Jerlun Kedah.


Hadiah cabutan bertuah

Program ini mendapat sambutan ramai sebanyak 12 pasangan menyertai pertandingan menari manakala 25 orang menyertai pertandingan menyanyi persaorangan dan berdueit. Tetamu yang hadir melebihi 100 orang.

Tetamu yang hadir
Tetamu yang hadir
En. Pissal Abu sedang memberi ceramah Kitar Semula

Bagi menarik minat orang ramai pihak Kafe menyediakan sebanyak 78 hadiah untuk cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung kafe. Lagu-lagu yang didendangkan adalah berirama dangdut. Semua penyertaan sama ada persaorangan atau berpasangan mendapat hadiah dari pihak penganjur.

Peserta Berdueit
Papa Rock dengan pasanganya sedang bergoyang 

Program ini berakhir pada jam 2.00 pagi. Diantara hadiah-hadiah yang disediakan berbentuk barang-barang di dalam ketegori Persaorangan, Berdueit, Persembahan Terbaik Lelaki dan Wanita, Pakaian Terbaik Lelaki dan Wanita dan Persembahan Terbaik Lelaki dan Wanita.

Sedang menunggu keputusan
En. Pissal Abu menyampaikan hadiah
En. Pissal Abu menyampaikan hadiah
Pemenang Pertandingan
Video Pertandingan Menari

Majlis Gotong Royong

Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama environment IDAMAN Sdn Bhd bersama Warga Rumah Pangsa Alor Malai telah berjaya mengadakan gotong royong pada hari ini 30 April 2011 yang dirasmikan oleh Tuan Haji Muhd Yusri bin Haji Daud, Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar.


Selain dari Tuan Haji Muhd Yusri, YB. Dr. Cheah serta Ahli-ahli Majlis Bandaraya Alor Setar, Pengerusi JKKKP, MMK serta Ahli Jawatankuasanya turut hadir didalam program gotong royong ini.

Ucapan YB, Dr. Cheah
Video Ucapan Tuan SU, MBAS
Sebahagaian penduduk yang hadir

Didalam uncapan perasmian Tuan Setiausaha, MBAS, beliau memuji sikap penduduk Flat kerana bersatu dalam usaha membersihkan keselurohan kawasan Flat tersebut supaya ada pelawat yang datang akan memberi pujian bahawasanya kawasan Flat ini cantik dari lain-lain Flat

En. Pissal Abu sedang berbincang sesuatu dengan \
Tuan Setiausaha MBAS
Tuan Setiausaha, MBAS turut bergotong rroyong
Penduduk Flat sedang bergotong royong

Sambutan dari penduduk Flat alhamdulilah ramai yang turun, kerja-kerja gotong royong dapat berjalan dengan baik dalam keadaan harmoni walaupun dalam peelbagai fahaman politik namun semangat kerjasama serta kejiranan diutamakan.

Aduh... cantiknya Hebat buat kenangankan?
Video Gotong Royong

Apa yang menariknya mereka bersepakat meruntuh bangsal kereta yang sudah uzur serta tidak selamat bagi sesiapa sahaja termasok orang-orang dewasa atau kanak-kanak yang melalaui di kawasan tersebut. Tuan empunya bangsal memberi kerjasama  tersebut sepenohnya.

Sebelum
Sedang
Selepas

Thursday, April 28, 2011

Program Kitar Semula Sik 2011

Seperti yang ditetapkan setiap hujung bulan diadakan kutipan 3R berpusat di Pejabat Majlis Daerah Sik hari ini 28 April 2011 jam 9.00 pagi program ini bermula bertempat di Pekarangan Pejabat MAjlis Daerah Sik, Sik Kedah.


Puan Fadzilah bte Hasan Pengarah PPSPPA Negeri Kedah telah melapangkan masa hadir bersama didalam program pada pagi ini dengan menyaksikan sendiri cara-cara kutipan 3R dilakukan.

Pn Fadzillah Pengarah PPSPPA bersama En. Pissal Abu
En. Md. Zaki sedang menimbang kertas

Hari ini hanya 3 jabatan yang terlibat menghantar barang-barang kitar semula, Selain Majlis Daerah Sik, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tenaga Nasional Berhad serta orang persaorangan. Jumlah pendapatan kutipan hari ini mencecah kepada RM 250.00.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
En. Pissal sedang mencatit berat
Pekeerja sedang mengankat barang naik ke lori

Selepas semua barang-barang dibawa naik ke lori saya bersama Puan Fadzillah terus masuk kePejabat Majlis Daerah Sik berjumpa dengan Pegawai Akaun dan membayar harga pembelian kertas sebanyak RM 250.00 yang dikumpul dan dijual hari ini.

Pegawai akaun sedang mengira jumlah jualan
Pn. Fadzillah sedang menyerah wang pembelian 
kepada Pegawai Akaun M.D Sik
Video Kitar Semula

Wednesday, April 27, 2011

Program Kaunter Aduan Bergerak

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu anjuran Biro Pengaduan Awam dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah diadakan pada 27 April 2011 di rasmikan oleh En Abdul Aziz bin Abd. Ghani Pegawai Daerah Langkawi bertempat di Dewan Auditorium LADA, Langkawi, Kedah.  


Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Agensi Swasta dijemput membuka kaunter aduan masing-masing bertempat di Lobby Bangunan LADA untuk memberi peluang kepada semua tetamu serta orang ramai yang hadir membuat aduan terus kepada agensi-agensi yang berkenaan.



Jabatan-Jabatan Kerajaan

Sambutan dari orang ramai amat mengalakan boleh dikatakan setiap kaunter semuanya ada pengadu yang membuat aduan apa sahaja terhadap ajensi-ajensi berkenaan.

Kaunter environment IDAMAN Sdn Bhd
Video terima aduan

environment IDAMAN Sdn Bhd Kawasan Langkawi turut membuka kaunter dan dikunjungi pelanggan yang membuat aduan mengenai longkang, ranting pokok dan penambahan tong sampah.

En.Pissal sedang menerangkan sesuatu kepada pelanggan
Kakitangan environment IDAMAN Sdn Bhd
yang terlibat didalam kaunter aduan bergerak
Video Gambar Keselurohan

Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.selepas jamuan makan.

Sedang menjamu selera
Shoping wau nak bawa balik kesemua
Video Perjalanan ke LADA

Bersambung lagi....

Tuesday, April 26, 2011

Ceramah Kitar Semula SMK Langgar 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar hari ini 26 April 2011 jam 8.00 pagi telah berjaya mengadakan Ceramah dan Program Kitar Semula pagi ini di Dataran Perhimpunan, Sekolah Menegah Kebangsaan Langgar, Alor Setar. Kedah.


Puan Hajah Sopiah Pengetua Sedang Berucap
Pelajar sedang mendengan ucapan Pengetu

Environment IDAMAN Sdn Bhd En. Pissal Abu telah memberi ceramah berkenaan dengan Program Kitar Semula dan di ikuti oleh En. Khairul Azmi dari PPSPPA mengenai Pengerusan Sisa Pepejal.

En. Khairul Azmi PPSPPA Sedang Memberi Ceramah

Selepas ceramah kami dijemput oleh Puan Pengetua Hajah Sopiah untuk menjamu selera di tingkat atas. Sebaik sahaja selesa menjamu selera kebetulan lori 3R pun dah sampai maka ramai dikalangan Guru guru serta Pelajar-pelajar sudah menanti dan bersedia untuk menimbang kertas-kertas tersebut.

En.  Sedang Menerima Cederamata
Video Kitar Semula

Sebaik sahaja semuanya selesai salah seorang guru yang sejak dari awal lagi mencatit jumlah berat setiap penimbangan mulalah mengira berepa jumlah berat keselurohanya yang dapat. Setelah dikira kesemuanya wauuu mengalahkan Jabatan-jabatan Kerajaan serta lain-lain Ngo dengan berat keselurohan Kertas ialah 2003.8 kilo manakala berat Besi 130 kilo dan Tin 28 kilo. Jumlah pendapatan sebanyak RM 817.00.


Guru sedang mencatit
Besi
 Gambar Kitar Semula

TAHNIAH..... TAHNIAH....TAHNIAH

Monday, April 25, 2011

Mesy. Bersama Alam Sekitar

Mesyuarat Perlaksanaan Program Gotong Royong Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Kubang Pasu telah diadakan  pada 25 April 2011, hari Isnin jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Pejabat Perhubungan UMNO Bahagian Kubang Pasu, Jalan Kodian, Jitra Kedah.


Tuan Hj. Shuib bin Hj. Din mempengerusikan mesyuarat pada hari tersebut diatas ajenda Progran Gotong Royong dan Bantuan Sekolah Bistari yang dijadualkan pada 21 Mei 2011 bertempat di Taman Perumahan, Tanah Merah, Jitra, Kedah.



Wakil dari environment IDAMAN Sdn Bhd

Majlis telah memutuskan seramai 1,000 orang termasok 4 buah Sekolah Bistari yang akan turut hadir didalam program pada hari tersebut termasok pameran-pamaran dari Jabatan-Jabatan Kerajaan. 

Environment IDAMAN Sdn Bhd diwakili oleh En. Afzainizam Abd. Rahim, Ketua Corporate, En. Shaiful Azli Shahran, Hosu Kubang Pasu dan En.Pissal Abu dari Corporate Communication Department.